Zaman sekarang iklan komersial merupakan medium utama bagi melariskan sesebuah perniagaan, bermacam-macam jenis iklan komersial yang kita lihat sekarang ini bagi menarik minat penonton.
Namun kami agak terkejut dengan video iklan terbaru yang ditayangkan oleh Watsons ini, malah ia mendatangkan rasa tidak puas hati penonton dan dikritik hebat ekoran dengan jalan cerita yang tidak elok untuk tatapan umum.
Manakan tidak, video yang sengaja eksploitasi tubuh badan lelaki tegap berbogel ini ternyata memang tidak sesuai dengan budaya kita ini.
Dalam babak iklan tersebut, ia lebih banyak menonjolkan keseksian lelaki ini daripada mesej yang cuba disampaikan.
Namun, ia menjadi semakin melampau apabila babak tuala terlucut sehingga menunjukkan model lelaki dalam iklan ini ‘terlanjang bulat’ sehingga ada yang menyifatkan bahawa iklan piawaian iklan di Malaysia semakin teruk.
Daripada pemerhatian kami, cara ‘dia’ untuk menarik perhatian penonton memang kurang sesuai dengan budaya kita. Ada bermacam-macam cara lagi yang boleh dilakukan, tapi masing-masing mesti ada pendapat tersendiri kan?
Jadi, dibawah ini kami sediakan video penuh untuk korang nilaikan sendiri.
Sumber : Facebook Watson Malaysia