Anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Talita, mencuri tumpuan ramai apabila menyanyikan lagu ‘Kekasih Bayangan’ dengan baik sekali.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Nampak Mata Talita ‘Berkaca’ Menyanyi Lagu Kesetiaan – ‘Suara Macam Arwah Ibu Dia’
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Dedah Azam Talita Nak Serius Dalam Bidang Nyanyian – ‘Dia Nak Masuk Kelas Vokal’
Imbau kenangan
View this post on Instagram
Menerusi sebuah posting di Instagram, kelihatan Raisuddin Hamzah sedang mengajar cucunya teknik menyanyi sambil baring. Difahamkan, teknik yang sama diajar kepada arwah Siti Sarah dahulu.
Akhir tahun dan awal tahun buat Dekta dan family. Atok bagitahu sedih dia bila dengar dekta menyanyi dekat bawah tu. Mengimbau balik kenangan atok mengajar ibu menyanyi. Daddy banyak support dekta untuk menanyi dengan bagus dan terbaik.
Bukan senang untuk pertama kali menyanyi sambil baring macam ni.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis memberi pujian buat Talita. Malah, mereka berkata, suara Talita persis arwah ibunya.
Sumber: Instagram