berita

Video : Imran Ajmain Lancarkan MV Terbaru, ‘Dikalung Kasihan’

December 11th, 2012 | by Ai
Video Popular

Masih memikat halwa telinga dengan lunak suara yang merdu, Imran Ajmain kini telah melancarkan muzik video terbarunya berjudul “Dikalung Kasihan”. Ia merupakan single pertama dari album ketiga nyanyian dan terbitan Imran Ajmain, dan telah dicipta oleh penggubah tersohor tanah air, Azlan Abu Hassan dan B.Azhar.

MV berdurasi 4.41 minit ini telah dimuat-naik sendiri oleh Imran pada 12 Nov yang lalu dan anda boleh dapatkan lagu ini dalam bentuk nada dering di kesemua syarikat telekomunikasi tempatan. Selain itu, peminat juga boleh membeli melalui iTunes antarabangsa di Itunes Apple dengan harga $0.99.

Bagi anda yang tertanya-tanya siapakah gadis jelita yang muncul di minit 3.38, dia adalah Ainon Talib dan sudah bertunang. Harap maklum.

SKIP THIS AD ×