Pelakon dan pengacara, Imran Aqil mencatat nukilan romantik buat isteri tersayang iaitu pempengaruh dan model, Dahlia Rizal sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Perjelas Persoalan Netizen Tentang Solat Dengan Solekan Tebal – ‘Make Up Remover Ada’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Pilih Gaya Muslimah Selepas Kahwin, Selesa Gayakan Jubah Setiap Hari– ‘Saya Makin Baik Sebab Imran Selalu Ada’
Ulang tahun perkahwinan Imran, Dahlia
Berkongsi nukilan itu di laman Instagram, pemilik nama lengkap Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan Dahlia sebagai isterinya.
Terima kasih terima saya dengan seadanya, terima kasih kerana sudah melengkapi hidup saya. Terima kasih jadi pasangan yang sekufu dengan saya. Terima kasih beri teguran kalau saya terlebih atau terkurang.
Dalam pada itu, Imran berterima kasih kepada Dahlia kerana menjadi seorang isteri yang rajin, bertanggungjawab dan pemurah.
Saya sangat bersyukur ada isteri macam awak, yang sentiasa ringan tulang dalam rumah tangga. Pemurah dengan keluarga, sentiasa dahagakan ilmu, selalu cukupkan apa yang tidak cukup.
Moga Allah SWT merahmati keluarga kecil kita ini.
Terima kasih juga pada kalian yang sentiasa sokong kami, doakan kami. Tanpa korang, kami tak mungkin ada di mana kami berada sekarang
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen turut menumpang gembira di atas ulang tahun perkahwinan Imran dan Dahlia serta mendoakan rumah tangga mereka bahagia dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Imran Aqil