Penyanyi Ina Naim menyifatkan suami barunya, Mohd Khairul Rizal mempunyai persamaan dengan arwah Suhaimi Saad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tak Nak Bagi Ina Naim Duit Raya Sebab Tak Puasa Penuh – ‘Anak-Anak InsyaAllah Dapat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Lelaki Sempat ‘Lari’ Pergi Kubur Sebelum Majlis Nikah -‘Anak-Anak Team Daddy, Diorang Sporting’
Khairul Rizal dan Suhaimi Saad ada persamaan?
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, memaklumkan bahawa dia seorang wanita yang sangat suka akan bunga.
Selain mendedahkan kedua-dua insan yang disayanginya iaitu Khairul dan Allahyarham Suhaimi Saad mempunyai persamaan iaitu kerap memberikannya bunga sebagai kejutan.
Saya bukan nak mengimbau kenangan tapi saya nak cakap mereka berdua banyak persamaan.
Walaupun hanya dengan sekuntum bunga, Ina mengakui dia sangat terharu dan bersyukur atas pemberian serta ingatan kepadanya.
Masa mula-mula kenal, Khairul memang suka bagi saya bunga. Saya memang suka bunga. Sebelum ni, masa dengan arwah suami pun dia selalu surprise saya dengan bunga walaupun sekuntum. Dia tak pernah beri saya kereta Ferrari ke, rumah besar ke apa tak ada.
Khairul beli bunga letak dekat kubur arwah
@ladywatie Replying to @megasenjamegasenja ? original sound – Watie Amad | Live Host – Watie Amad | Affiliate
Mengimbas kembali detik awal pertemuan, Ina memberitahu dia menerima bunga daripada suaminya itu setiap hari sehinggalah sehari sebelum majlis pernikahan mereka iaitu pada 7 November lalu, Khairul telah memberi bunga untuk diletakkan di kubur Allahyarham Suhaimi Saad.
Khairul pun selalu bagi saya bunga, setiap hari sampai lah hari Khamis sebelum nikah Khairul ada beli bunga untuk letak dekat kubur arwah. Dia juga belikan saya bunga.
Pada 8 November lalu, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.
Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi iaitu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: TikTok Watie Amad