Pemergian suami pastinya memberi kesan yang mendalam terutama buat isteri, itu adalah apa yang dilalui oleh balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah Daripada Suami – ‘Yang Batin Penting, Zahirnya Tengok Kemampuan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Perlu Figura Suami, Bantu Didik Anak-Anak – ‘Mereka Memang Tidak Ke Sekolah Tetapi Kena Belajar’
Mimpi arwah
@nizarwatie Bagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad
? original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim berkongsi bahawa, arwah Suhaimi hadir di dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut.
Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga.
Cuma Khairul kata, ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini.’
Tidak mampu menahan sebak, ibu kepada empat cahaya mata tersebut mengalirkan air mata ketika mengakui dia amat merindukan arwah suaminya.
Arwah datang tak bercakap. Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa pilu melihat Ina yang terlalu rindukan arwah Suhaimi.
Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas anggota kumpulan Inteam itu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu.
Sumber: TikTok