Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, November ini.
Artikel Berkaitan: Ina Naim Bakal Bernikah Dengan Mohd K 8 November Ini? Isman Nadim Luah Rasa Lega – ‘Nama Lelaki Jelas Bukan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suhaimi – ‘Suami Meninggal Dalam Keadaan Baik, Jadi Kenapa Nak Sedih?’
Penjelasan Ina
@chuarekarimjer Tahniah Ina Naim dan pasangan . In shaa Allah SS dah tenang dan bahagia dia Sana . Ina perlukan pembimbing utk jaga anak2 dan diri ina jugak ?? #inanaim #suhaimisaad
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim menjelaskan bahawa dia memerlukan figura seorang suami untuk membantunya membesarkan anak-anak yang meningkat dewasa.
Dalam masa yang sama, Ina juga mendedahkan anak-anaknya kini sering berhubung dengan bakal bapa tiri mereka.
Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa baru mereka. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.
Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia.
Majlis sederhana
Bakal melangsungkan pernikahan pada 8 Novemeber ini, Ina turut berkongsi tentang hari bahagianya itu.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata tersebut, majlis akan diadakan secara sederhana dengan menjemput keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.
Saya buat majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk saudara dan rakan-rakan terdekat.
Saya bukannya anak dara atau muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak, takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding.
Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu tetamu makan.
Untuk rekod, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007 dan hasi perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Sumber: TikTok