Pasangan pengantin baharu, Ina Naim dan suami, Khairul Rizal sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas tampil berduet menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Penampilan Baru Ina Naim, Siap Pakai ‘Makeup’ Lagi! – ‘Cantik, Kemas..Pandai Suami Jaga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Dedah Suami Letak Bunga Dekat Kubur Arwah Suhaimi Saad Sebelum Nikah – ‘Mereka Ada Persamaan, Suka Belikan Saya Bunga’
Ina Naim, suami berkaraoke
Menerusi sesi siaran langsung tersebut, kelihatan Ina bersama Khairul sedang asyik berkaraoke mendendangkan lagu popular Sedangkan Lidah Lagi Tergigit nyanyian oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kelunakan suara yang dimiliki Ina. Menurut mereka, bakat nyanyian yang ada pada Ina boleh membuatkan dia kembali menjadi penyanyi rakaman.
Bukan itu sahaja, Ina dan suami yang dilihat tidak kekok dan terbuka berkongsi kebahagiaan di media sosial menerima respon positif daripada warganet yang rata-ratanya menyukai keserasian pasangan ini. Mereka mengakui selesa dan turut menumpang bahagia melihat kemesraan Ina dan Khairul.
Kita tengok yang tersengih, selesa tengok diorang bahagia
Sedap suara Ina
Ina muda lagi, dia berhak untuk bahagia
Dulu pagi-pagi selalu layan live Ina dengan arwah karaoke. Sekarang tengok live Ina dengan Khairul pula
Tumpang bahagia tengok Ina dan suami
Suaminya pun memang sporting
Dapat suami baru pun baik
Patutlah Ina setuju, ada persamaan dengan arwah rupanya
Menerusi sesi siaran langsung yang sama, Ina memberitahu bahawa dia sudah lama suka bernyanyi malah kerap membuat sesi siaran langsung ketika berkaraoke dengan Allahyarham Suhaimi Saad.
Saya dengan arwah memang selalu karaoke. Sebab tu saya berani menyanyi, yang dulu tu dah cerita dan fahamkan saya kenapa perempuan boleh menyanyi.
Video
@ninaina678 #inanaim #fypp #fypviraltiktok #tilljannah #doaygbaik2 #support ? original sound – ninaina678
Sumber: TikTok