Seorang individu mendakwa usahawan Rozita Ibrahim mengamalkan ilmu hitam dan batin yang menyebabkan wajahnya kekal cantik meskipun usia sudah menginjak 6o tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Anak Kita Orang Pandang Tak Elok, Tapi Saya Anggap Dia Baik’ – Bonda Rozita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jemput Fitnah, Dosa Selalu Memburu Hidup Kita’ – Bonda Rozita
Guna ilmu hitam? Susuk?
Lelaki itu mendakwa, Rozita atau mesra dengan sapaan Bonda Rozita memiliki wajah yang jelita bukan hasil daripada keberkesanan penggunaan produk, tetapi disebabkan mengamalkan ilmu syirik.
Muka dia (Rozita), muka modified (diubah). Siapa pentaksub Bonda Rozita? Kamu jangan percaya dia guna produk jadikan muka dia macam itu (cantik).
Dia bukan makan produk sahaja, ada ilmu-ilmu batin yang dia amalkan. Hanya orang tertentu yang boleh scan sahaja akan tahu.
Orang yang ada ilmu makrifat, ilmu kebatinan, ilmu Islam melihat dia pasti akan tahu siapakah Bonda Rozita itu.
Individu terbabit memaklumkan mengenai perkara itu sewaktu melakukan siaran langsung di TikTok miliknya sebelum dirakam dan dimuat naik semula oleh pengguna media sosial di platform sama.
Menerusi sesi sama, individu berkenaan meminta orang ramai agar tidak terlalu obses dan taksub dengan ibu kepada usahawan Aliff Syukri itu.
Jangan obses dengan dia, apabila dia kata makan produk yang diusahakan jadikan dia cantik begitu.
Dia cantik, muka kekal menawan walau sudah tua bukan disebabkan produk semata.
Dia sanggup beramal dengan ilmu kurafat, ilmu hitam. Sesetengah orang lama atau orang perempuan pakai susuk.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyelar dakwaan tersebut dan berkata individu itu sengaja berbuat demikian dengan niat ingin tidak baik.
Selain itu, terdapat beberapa warganet yang mengaku kenalan dengan Rozita mengatakan usahawan itu sememangnya sudah cantik sejak usia muda.
Video
@khairulaminnnn #aliffsyukri #jrm #bondarozitaibrahim #fyp #fyp??viral #foryou ? original sound – khairulannuar
Sumber: TikTok