Nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan keluarga mencuri tumpuan ramai selepas menginap di sebuah hotel mewah di Dubai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Ada Lesen Motosikal, Pernah Terbabas Di Selekoh – ‘Nasib Baik Jatuh Dekat Rumput’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa’ – Siti Nurhaliza
Atlantis The Royal
Baru-baru ini, seorang pengguna X berkongsi nama sebuah hotel yang merupakan tempat penginapan penyanyi itu dan keluarga ketika bercuti di Dubai.
Dakwa individu ini lagi, hotel yang diberi nama Atlantis The Royal itu adalah salah sebuah hotel mewah di negara tersebut dan kos satu malam menginap di situ sekitar RM6,000 manakal villa pula bermula harga RM30,000.
Bukan itu sahaja, individu ini mendakwa hotel tersebut juga pernah menjemput penyanyi antarabangsa iaitu Beyonce untuk mengadakan private concert di situ dengan membayarnya $24 juta.
RM30k satu malam?
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tidak terkejut mendengar angka tersebut memandang Siti seorang penyanyi dan usahawan berjaya malah mampu membayar jumlah sedemikian.
Dia menyanyi tiga lagu dah dapat jumlah tu. Nak hairan apa
Beliau masih terlalu relevan dalam industri muzik, show sana sini lepas tu suami pula kaya. Benda tu macam RM250 je bagi dia
Okay lah, Tokti memang kaya. Apa nak hairan
Video
Nohhh! @CTNurhaliza11 bercuti dekat Atlantis the royal yang bilik dia paling murah RM6K per night dan villa dia cuma RM30K jeeee! Hahaha.
Hotel ni yang jemput Beyonce untuk buat private concert dan dia dibayar $24M menjadikannya the highest-paying private concert in history. pic.twitter.com/9Gz3JaXFfF
— Januar Haikal (@Januarhaikal) December 21, 2024
Sumber: X Januar Haikal