Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas membuat persembahan di majlis perkahwinan adiknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Didakwa Halang Anak-Anak Jumpa Bekas Suami, Didi Astillah Bersuara – ‘Nak Masuk Campur Tapi Tak Tahu Cerita Sebenar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Luah Rindu Terhadap Kedua Anak, Nyanyian Sarat Emosi Raih Perhatian

Persembahan di kecam

Menerusi perkongsian semula di Threads, seorang individu memuat naik video memaparkan Aliff sedang mendendangkan lagu Terima Kasih Cinta yang pernah dipopularkan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Difahamkan pemilik nama Mohammad Aliff Aziz, 34, itu menyanyikan lagu tersebut ketika majlis resepsi adiknya iaitu Ain Aziz.

Bagaimanapun, persembahan tersebut mengundang rasa kurang senang terhadap individu berkenaan.

Siapa ambil dia menyanyi dekat majlis perkahwinan ni? Muka kakak ni (pengantin) penuh subtitle.

Netizen ‘backup’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar individu berkenaan yang disifatkan melampaui batas kerana menyebarkan rasa kebencian terhadap pelantun lagu Sayang Sayang itu. 

Dalam masa yang sama, warganet juga mempertahankan Aliff daripada terus menjadi mangsa kecaman.

Sumber: Threads