Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dikenali sebagai Muzaha tampil menegur fenomena pempengaruh, termasuk artis, yang promosi vape secara terbuka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Trend Jamilah’ Didakwa Memalukan, Pempengaruh Nasihat Wanita Jaga Maruah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Dah Tak Nak Hisap Vape Sebab Nazar Dah Tercapai’ – Netizen Speku Abang Tesla Bakal Dapat Anak

‘Tak malu ke promote benda yang tidak elok?’

@muzaha_

Fikir fikirkan lah. Bende sesimple ni pun korang gagal, cmne kau nk hadap ujian lagi besar? Hadamkan… #influencer #teguran #peringatan #lelaki #fypage

♬ original sound – Muzaha – Muzaha

Menerusi sebuah klip video di TikTok, Muzaha mempersoalkan keperluan mempromosikan sesuatu yang jelas tidak membawa kebaikan, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh individu yang mempunyai ratusan ribu, malah jutaan pengikut di media sosial.

Ini teguran dan peringatan kepada influencer, termasuk artis-artis yang promote vape dengan pakai lanyard vape dalam setiap video.

Tak malu ke? Kenapa nak promote benda-benda yang tak elok?

Kebanyakan artis dan influencer yang promote vape dan pakai lanyard yang ada jenama vape, ada followers beratus ribu, yang berjuta pun ada.

Menurutnya, pempengaruh dan artis juga menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda, justeru setiap tindakan dan penampilan yang disampaikan mereka membawa kesan yang besar.

Dia turut menegaskan, apabila vape dipaparkan berulang kali, seolah-olah ia dinormalisasikan sedangkan hakikatnya ia membawa implikasi yang buruk.

Kau kena faham, ramai anak muda yang nak jadi seperti korang.

So kau kena tunjuk contoh yang baik.

Aku tengok, ada beberapa influencer suami isteri pakai lanyard vape, promote jenama vape itu.

Tak malu ke?

Dosa mengalir

Dalam pada itu, Muzaha turut mendedahkan bahawa syarikat terbabit menggunakan taktik yang sama, iaitu menghantar mesej peribadi serta menawarkan produk secara percuma dengan syarat perlu memakai lanyard jenama vape tersebut dalam setiap video.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak kerana menyedari bahawa setiap perkongsian di media sosial akan kekal untuk tempoh yang lama.

Aku tahu je company tu DM korang, bagi device percuma.

Dia minta korang pakai lanyard tu dalam setiap video.

Aku pun pernah terima DM macam itu daripada satu company vape. Aku kata tak boleh.

Bukan sebab aku baik, tapi aku faham apa sahaja yang aku upload di internet, ia akan tetap berada selamanya di internet.

Susulan daripada itu, dia mengingatkan tentang dosa dan pahala yang berpanjangan, apabila ‘content’ mempromosikan vape terus ditonton dan dapat mempengaruhi orang lain walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia, ia akan menyebabkan dosa terus mengalir.

Esok lusa kalau aku meninggal, sekurang-kurangnya dosa aku tidak mengalir.

Bayangkan, esok meninggal, video kau masih viral.

Setiap video yang kau promote vape dengan pakai lanyard jenama vape tu masih ada.

Dalam hantaran yang sama, Muzaha menyentuh tentang sebahagian artis dan pempengaruh yang menghasilkan ‘content’ berunusrkan maksiat.

Termasuk juga artis dan influnecer yang tak buat content penuh maksiat, guna lagu maksiat.

Esok lusa kalau korang meninggal? Video itu masih lagi berleluasa.

Orang ramai masih boleh tengok video itu.

Tanya diri sendiri, adakah berbaloi dan dapat beri manfaat kepada semua hanya dengan buat video seperti itu?

Sumber: TikTok Muzaha