berita

[VIDEO] ‘Aku Dah Tak Nak Hisap Vape Sebab Nazar Dah Tercapai’ – Netizen Speku Abang Tesla Bakal Dapat Anak

January 4th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

abang tesla-2

Pempengaruh media sosial, Abang Tesla nekad untuk berhenti menghisap rokok elektrik atau vape selepas tuntutan nazar telah tertunai.

Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla

Artikel Berkaitan: Netizen Sifatkan Abang Tesla Biadap Kutuk Makanan Budu! Buat Konten Guna Perkataan ‘Kau, Aku’ Dengan Isteri

Dah dapat apa yang nak

@ohbulanofficial Abang Tesla nekad untuk berhenti menghisap vape selepas tuntutan nazar telah tertunai. #ohbulan #sembangentertainment #abangtesla #berhenti #vape ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Menerusi video di TikTok, Abang Tesla bagaimanapun tidak mendedahkan tujuan dirinya bernazar. Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri bersyukur kerana nazar sudah terlaksana pada awal tahun ini.

Hari ini nak buat pengumuman yang aku dah tak nak hisap vape sebab aku dah bernazar. Yes.. jadi nazar aku dah tercapai untuk 2024 awal tahun. Alhamdulillah syukur.

Nazar apa itu aku tak nak bagi tahu. Tapi yang penting aku bernazar tak nak hisap vape lagi, bila aku dapat apa aku nak.

Semoga dapat kebaikan

Abang tesla

Dalam rakaman itu, Abang Tesla telah membuang vape miliknya ke kawasan semak-samun di tepi jalan.

Suami kepada Nurmajdina Jamari dan Nursyafiqa Mohd Hanafi turut mendoakan agar nuzriah yang dilakukan memperoleh keberkatan dan kebaikan.

Jadi, aku akan baling (ke semak samun). Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku.. semoga apa aku buat ini mendapat keberkatan dan kebaikan. Amin.

Harap-harap boleh survive.

Menjengah di ruangan komen, warganet mula berteka teki dengan mengatakan Abang Tesla bakal menimang cahaya mata.

Terdahulu, video pernikahan kali kedua Abang Tesla menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan pempengaruh tersebut.

Meskipun dikecam, pempengaruh itu menegaskan dia sudah pun mendapat izin dari isteri pertamanya untuk bernikah satu lagi.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×