Perceraian pasangan pelakon popular iaitu Fattah Amin dan Fazura telah mendapat perhatian ramai antaranya rakan artis serta warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Main Sentimen Tidak Beri Nafkah, Kereta Range Rover Bukan Hadiah’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tahu Rahsia Fazura, Enggan Buka Aib Bekas Isteri – ‘Saya Dah Setuju Tak Failkan Nusyuz’
Terserempak di surau
@minimart90 Jodoh, ajal, maut semua di tangan tuhan. Semoga fattah amin & fazura kuat dengan ujian ni. @Fattah Amin @Nur Fazura #fattahamin #fattzura #fyp? #fyp
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, kelihatan Fattah sedang berada di luar surau tersebut sambil melihat telefon bimbitnya.
Menurut individu berkenaan, keberadaan Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin di surau tersebut adalah ketika dia sedang berhadapan dengan pergolakan dalam perkahwinannya.
Waktu terserempak dekat surau ini, dia memang tengah ada masalah rumah tangga.
Jodoh, ajal, maut..semuanya di tangan tuhan. Semoga Fattah dan Fazura kuat dengan ujian ini.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan komen, pelakon filem Mat Kilau itu dihujani dengan sokongan daripada warganet.
Dalam masa yang sama, mereka turut bersimpati dengan dugaan perceraian yang dilalui Fattah.
Artis lelaki yang lain bercerai aku tak sedih pun, tapi Fattah satu Malaysia sedih dan sayang padanya. Itu tanda dia punyai peribadi yang terpuji.
Tengok Fattah macam tu pun aku dah bergenang air mata, terasa beban yang dia tanggung. Mungkin hanya pada Allah tempat dia untuk mengadu.
Kenapa aku menangis tengok dia termenung dalam rumah Allah? Sedih sangat, semoga Allah permudahkan segala urusan Fattah.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok