berita

[VIDEO] ‘Ingat Miming…’- Tengah ‘Feeling’ Menyanyi, Nora Jatuh Atas Pentas Masa Persembahan

December 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang palig sesuai menggambarkan situasi yang dialami penyanyi terkenal, Nora Ariffin apabila berdepan dengan insiden kecil ketika membuat persembahan.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, itsmebobocinta sehingga viral dan mendapat pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Nyanyi secara live!

Video pendek yang dikongsikan itu memaparkan Nora Ariffin yang mengenakan busana serba merah sedang mendendangkan lagu Di Persimpangan Dilema secara live. Ketika persembahan berlangsung, Nora yang berada di bawah pentas telah menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Memang tidak dapat disangkal lagi, Nora memang mempunyai suara yang sangat merdu walaupun umurnya kini mencecah 47 tahun. Tetapi siapa sangka, ketika dia sedang berjalan dan menuju ke atas pentas secara tiba-tiba Nora telah terjatuh.

Terpijak kain

@itsmebobocintaNora terjatuh time nyanyi #itstarsontiktok #fyp? #isott #tiktokmalaysia #fyp #nora #dipersimpangandelima? original sound – Bobo Cinta


Difahamkan, kejadian itu berkemungkinan berlaku kerana Nora terpijak bajunya yang labuh ketika menaiki anak tangga pentas tersebut.

Meskipun begitu, Nora masih tidak panik dan meminta maaf atas insiden yang berlaku itu. Kelihatan juga beberapa orang yang datang membantu Nora termasuklah individu yang merakam.

‘Otai masih berbisa’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi berbakat itu dan memuji tindakan pantas mereka yang membantu. Tidak kurang juga, ada yang memuji kelunakan suara yang dimiliki oleh Nora Ariffin ketika menyanyikan secara live.

Sumber: itsmebobocinta

SKIP THIS AD ×