berita

[VIDEO] ‘Ingat Saya Ni Playgirl Ke?, Main Kayu Tiga’

July 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ruhainies

Menerusi temu bual bersama pihak Melodi, pelakon Ruhainies tampil menjawab dakwaan kononnya dia kini sedang bermain kayu tiga apabila dikaitkan dengan beberapa individu lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Lagi Aksi Mesra Zul Ariffin & Ruhainies, Netizen Buat Spekulasi Dah Kahwin Dalam Diam

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Zul Memang Sangat Rapat’ – Ruhainies

Tak suka benda macam ni

Ruhainies

Menurut Ruhainies, 30, dia terkejut dan berasa sedih dengan kontroversi berkenaan, apatah lagi individu yang menyebarkan fitnah itu tidak dapat memberikan bukti yang kukuh.

Saya paling tak suka benda macam ni sebab mereka tak ada bukti yang kukuh tiba-tiba story tu keluar dan saya rasa sedih. Siapa? Nama orang tu apa? pun tak tahu.. tak ada bukti dan memang tak logik tuduhan tersebut.

Tidak mahu namanya terus terpalit dengan gosip murahan, pelakon ini menjelaskan bahawa dia sudah penat dengan gosip liar yang melabel dirinya ‘playgirl’ dek kerana sering bertukar-tukar pasangan.

Malah, sebagai seorang selebriti dia memilih privasi sebagai langkah terbaik untuk dirinya ‘lari’ dari fitnah tersebut.

Untuk pengetahuan saya masih single. I am not attached to anyone and i keep it secret. Kita tak kacau orang tiba-tiba orang gosip saya dengan orang tu , orang ni ingat saya ni apa? Playgirl sangat ke?

Saya penat lah! Mentang-mentang saya single, semua orang mereka nak kenen kan. Tapi biarlah benda tu privasi untuk saya dan saya nak fokus untuk karier dan family sahaja.

Disoal mengenai status rumah tangga kakaknya yang juga seorang pelakon, Risteena Munim apabila ada yang mendakwa perkahwinan pelakon itu dan suaminya, Isa Khan kini goyah. Ruhainies tidak berselindung dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan rumah tangga kakak dan abang iparnya itu masih dalam keadaan baik

Bila orang tanya maknanya orang kisah. orang sayang dia. Tapi saya nampak mereka lovey dovey macam dulu, sama je. Mungkin gaduh-gaduh manja lah kot. Tapi memang mereka tak ada masalah. Alhamdulillah okay dan mereka happy.

Sumber: Melodi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×