berita

[VIDEO] Ingat Senang Ke Buat Makaron? Tengok Sean Lee Ni Berjaya Ke Tak..

July 24th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kalau korang mengikuti media sosial Sean Lee, mesti korang akan terhibur dengan pelbagai videonya dalam melakukan cabaran-cabaran yang tengah trending sekarang ni. Kreatif dan lucu jugak Sean ni!

Haa..baru-baru ni, pelakon dan pengacara rancangan realiti tv popular I Can See Your Voice ni sahut satu lagi cabaran dalam sebuah siri vlog baharu TV3 iaitu “Ohsem Tak? AWESOME!”. Yang lagi best, siri ini akan menampilkan beberapa lagi selebriti kegemaran korang melakukan perkara-perkara menarik yang jarang mereka lakukan.

Korang nak tahu cabaran apa yang Sean Lee kena buat pada episode pertama Ohsem Tak? AWESOME!? Jom layan dulu!

Sean kena buat makaron from scratch!

Dalam siri pertama Ohsem Tak? AWESOME! ni, Sean dikehendaki menyelesaikan satu misi iaitu membuat manisan yang berasal dari Perancis iaitu makaron! Kalau korang yang suka baking tu, mesti tahu makaron ni adalah dessert yang paling susah dibuat. Sukatan bahan-bahan kena betul, cara dan tempoh nak pukul putih telur pun kena tepat, barulah makaron korang tu menjadi!

Telur – 1, Sean – 0! LOL

Langkah pertama nak buat makaron adalah asingkan putih dan kuning telur. Bukan senang tau, tengok jelah apa yang Sean buat ni. Bersepah jadinya!

Mandi putih telur ke Sean?

Lepas dah asingkan putih telur, kenalah pukul sampai dapat konsistensi yang betul. Tips untuk tahu sama ada putih telur tu dah likat ke belum, korang kena terbalikkan mangkuk dan pastikan adunan tu melekat dan tak terlalu cair. Tengoklah apa jadi bila Sean terbalikkan mangkuk dia…

Lepas dah pukul sampai jadi, bentukkan dan bakar!

Setelah berpenat lelah pukul putih telur, Sean akhirnya dapat konsistensi yang betul dan seterusnya bakar dengan suhu 160 selama 15 minit. Comel kan makaron bentuk beruang ni?

Dah siap!! Tapi…

Macam-macam bentuk makaron Sean ni. Ada rupa macam lepas kemalangan, macam lepas jatuh tangga, tapi ada jugak yang betul-betul menjadi!

Tak cantik takpe, boleh lukis..

Alang-alang makaron dah tak jadi dan pecah, Sean hiaskan makaron dan lukis dengan coklat. Terus jadi comel!

Rupa je buruk, yang penting sedap!

Apa-apa pun, Sean dah berjaya selesaikan misinya untuk buat makaron from scratch dan teruja nak cuba banyak lagi resipi baru.

Kalau korang nak tahu, siri vlog ini dirakam menggunakan Samsung Galaxy A51 tau!

Samsung Galaxy A51 Price in Nepal, official Launch date ...

Kredit: GadgetByteNepal

Untuk pengetahuan korang, telefon pintar Samsung Galaxy A51 ini dilengkapi dengan ciri-ciri hebat khas untuk mengambil gambar dan video. Ia dilengkapi dengan ciri kamera quad yang merangkumi kamera utama 48MP untuk gambar yang lebih jelas dan kamera berkedalaman 5MP untuk suntingan gambar bokeh. Oh..patutlah kualiti video ni mantap!

Bukan itu je, ciri Live Focus yang ada pada Samsung Galaxy A51 ini juga membolehkan korang meletakkan efek bokeh, walaupun semasa mengambil video. Yang lebih awesome, paparan Super AMOLED betul-betul membuatkan warna di dalam video menonjol, membuatkan video korang nampak lebih menarik.

Oh ya, selain itu, telefon pintar Samsung Galaxy A51 ni juga mempunyai jangka hayat bateri yang lama. Jadi, korang tak payah risau kehabisan bateri bila nak rakam video nanti!

Apa lagi tunggu, jom dapatkan Samsung Galaxy A51 hari ini juga!

Sekarang, korang dah boleh dapatkan Samsung Galaxy A51 (6GB) pada harga RM1,299 dan A51(8GB) pada harga RM1,399 tau! Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A51, layari laman web Samsung.

Image from TV3

Jangan lupa subscribe dan follow Youtube channel TV3MALAYSIA Official untuk lebih banyak siri Ohsem Tak? AWESOME! yang akan menampilkan gelagat Nabila Razali, Ismail Izzani, dan Haqiem Rusli dalam menyelesaikan misi dan cabaran menarik.

Kalau korang belum lagi tonton siri 2, 3 dan 4, nah layan dulu kat sini. Stay tuned!

SKIP THIS AD ×