berita

[VIDEO] Ingatkan Tak Dapat Hadiah Birthday, Gadis 17 Tahun Terkejut Bapa Bagi Tanah & Saham..Untunglah!

May 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap kali apabila seseorang itu menyambut ulang tahun kelahiran, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran kita adalah ucapan ‘Selamat Hari Lahir’. Selain ucapan, pemberian kek dan hadiah juga seakan sudah menjadi kebiasaan sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

Begitu juga dengan kisah seorang remaja ini apabila dia menerima hadiah yang tak terlintas dek akal. Memang tak sangka!

Dapat tanah dan saham

Seorang gadis yang dikenali dengan nama Farisa menceritakan pengalaman manisnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-17. Menurut gadis ini, dia telah menerima banyak hadiah seperti teddy bear, bunga dan beberapa barangan berjenama yang lain. Difahamkan, kesemua hadiah tersebut telah diberikan oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakannya. Akan tetapi hanya bapanya seorang sahaja yang masih belum memberikan apa-apa hadiah sempena hari jadinya itu.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya si bapa sudah merancang mahu memberikan kejutan hadiah yang sangat ‘berharga’. Si bapa kemudian mengajak anak gadisnya keluar untuk dibawa ke suatu tempat. Tanpa semena-mena, dia telah dibawa ke sebuah pejabat. Pada awalnya gadis ini mengakui tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia diminta untuk menandatangani beberapa dokumen. Rupa-rupanya bapa tersayang telah menghadiahkan tanah dan saham untuk pelaburan pada masa akan datang.

Bertuahnya!

@itsficaally dad?? original sound – xxtristanxo

Bukan sembarangan hadiah ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian gadis ini. Menurut mereka, Farisa sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada. Tambah mereka lagi, tidak semua ibu bapa mampu memberikan hadiah sebegitu kepada anak-anak.

Sumber: Farisa

SKIP THIS AD ×