Di Malaysia, mendapatkan pekerjaan yang stabil bukanlah mudah, dan ia menjadi lebih mencabar bagi komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).
Statistik menunjukkan hanya 1 daripada 100 OKU mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Namun, di sebalik angka yang mengejutkan ini, terdapat kisah inspirasi tentang bagaimana syarikat-syarikat seperti KFC membantu komuniti OKU melalui inisiatif yang unik.
Inisiatif Prihatin untuk Memperkasakan Komuniti OKU
Sempena Bulan Kesedaran Orang Pekak pada bulan September ini, SOSCILI ingin memberikan gambaran lebih jelas tentang kesukaran yang dihadapi oleh komuniti yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan dalam mencari pekerjaan.
Siri video TikTok bertajuk “Biar Dia Masak” ini menyingkap realiti sebenar kehidupan dan cabaran yang dihadapi golongan OKU di Malaysia untuk membina kerjaya dalam persekitaran yang inklusif, di samping menonjolkan cara majikan membantu pekerja seperti mereka untuk mencapai prestasi terbaik dalam pekerjaan mereka.
Jom kita tonton dulu video kat bawah:
@soscilimy Kitorang hantar 2 resume yang sama ke 100 syarikat, salah satunya ialah calon OKU. Apa beza sambutan dari majikan? #fyp? #biardiamasak #dokumentari #OKU #soscilimy ? original sound – SosciliMY
@soscilimy Kitorang borak dengan 2 orang OKU veteran yang sudi kongsi cabaran mereka mencari kerja dahulu. #fyp #OKU #biardiamasak #soscilimy #dokumentari ? original sound – SosciliMY
@soscilimy Kitorang cuba bekerja tanpa pendengaran di satu tempat kerja yang khas untuk orang pekak. #biardiamasak #OKU #soscilimy #dokumentari #fyp ? original sound – SosciliMY
Siri TikTok ini memaparkan realiti kehidupan pekerja OKU di Malaysia, khususnya komuniti OKU pendengaran, dalam mencari pekerjaan seperti perjalanan sepasang kembar, Hazri dan Hazrul, yang kedua-duanya memiliki kelayakan dan pengalaman kerja yang hampir sama, kecuali Hazrul merupakan OKU pendengaran.
Eksperimen yang dilakukan menunjukkan betapa sukarnya Hazrul diterima bekerja, walaupun mempunyai latar belakang yang setara dengan Hazri.
Selain itu, siri ini juga menampilkan pengalaman dua pekerja OKU di restoran KFC Community Care, Tham Yun Chi dan Norsiah, yang berkongsi bagaimana KFC telah membantu mereka membina kerjaya yang stabil.
Dalam operasi harian KFC Community Care, teknologi mesra OKU seperti peralatan khas yang membantu para pekerja menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien.
Secara keseluruhannya, siri ini memberikan pandangan mendalam tentang cabaran dan kejayaan komuniti OKU dalam dunia pekerjaan di Malaysia,di samping menunjukkan usaha syarikat seperti KFC yang menyediakan peluang kerjaya inklusif kepada mereka.
KFC prihatin terhadap komuniti OKU
Untuk pengetahuan semua, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2022, terdapat lebih daripada 674,000 OKU yang berdaftar iaitu lebih kurang 2% daripada rakyat Malaysia.
Daripada jumlah ini cuma 6,900 sahaja yang mempunyai kerja. Ini bermaksud untuk 100 orang OKU yang berdaftar, cuma seorang sahaja yang mempunyai kerja. Namun begitu, jumlah ini meningkat 35% daripada tahun sebelumnya.
Dalam konteks ini, KFC bukan sahaja sebuah jenama makanan segera, tetapi juga sebuah jenama yang prihatin terhadap komuniti dengan menubuhkan Restoran KFC Community Care yang telah beroperasi selama 35 tahun sejak tahun 1986.
Sehingga kini, KFC mempunyai 3 restoran komuniti yang khusus dengan teknologi mesra OKU untuk Komuniti OKU Pendengaran di KFC Sentul Raya, KFC Matang Jaya dan KFC Tanjung Aru.
Di samping itu, KFC juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang OKU dengan pelbagai jenis ketidakupayaan di 68 restoran lain di seluruh negara, di mana mereka bekerja bersama pekerja yang lain dan mempunyai peluang yang sama dalam perkembangan kerjaya.
Menerusi Restoran KFC Community Care, KFC telah membuktikan komitmen untuk menyokong golongan OKU, khususnya komuniti OKU pendengaran dan pertuturan, dengan memberikan mereka peluang kerjaya yang sama seperti pekerja lain.
Inisiatif ini membuka peluang kepada OKU untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil, meningkatkan keyakinan diri, sekaligus membantu membina masa depan yang lebih cerah untuk golongan istimewa ini di Malaysia.