berita

[VIDEO] ‘Hari Pembalasan’ – Hantar Emel ‘Diari’ Terakhir, Anak Pengarah Terkenal Gelak Beritahu Nak Bunuh..

January 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekitar tahun 2014, dunia hiburan Hollywood telah digemparkan dengan satu berita ‘pembunuhan’ beramai-ramai yang dilakukan oleh anak kepada pengarah dan penerbit popular iaitu Peter Rodger. Insiden cemas itu berlaku hanya kerana suspek merasai dirinya ‘tidak laku’ dan sering disisih oleh golongan wanita.

Siapa Elliot Rodger?

Elliot Oliver Robertson Rodger merupakan anak lelaki kepada Peter Rodger dan Li Chin. Bapa Elliot iaitu Peter bekerja dalam bidang perfileman, mengarahkan iklan televisyen dan terlibat dalam filem hit “Hunger Games. Sementara ibunya, Li Chin merupakan seorang jururawat kelahiran Malaysia. Elliot dilahirkan di London sebelum berpindah ke California bersama adik perempuannya, Georgia dan kedua ibu bapanya ketika dia berusia lima tahun.

Ketika Elliot berusia tujuh tahun, Peter dan Chin bercerai. Setahun kemudian, Peter telah mendirikan rumah tangga dengan Soumaya Akaaboune, seorang aktris Maghribi yang pernah muncul di blockbuster Hollywood “Green Zone.” Ia juga merupakan tahun Elliot memulakan perjalanan hidupnya dengan menjalani terapi.

Menurut sumber, Elliot dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental dan sejak dia berusia lapan tahun lagi, Elliot sudah berjumpa dengan ramai pakar terapi. Tetapi Elliot tidak pernah disahkan mengalami masalah mental. Elliot boleh disifatkan sebagai seorang remaja yang sangat baik dan lemah-lembut tetapi sayangnya dia tidak memiliki ramai kawan. Oleh hal demikian, Elliot sering bertukar-tukar sekolah.

Seorang introvert, tak ada kawan

Pada usianya mencecah 13 tahun, Elliot yang merupakan seorang introvert itu telah mula melibatkan diri dalam permainan secara atas talian. Boleh dikatakan itu satu-satunya kawan yang Elliot miliki ada hero dan penjahat ‘fantasi’ yang ada dalam permainan video tersebut.

Elliot juga sering menjadi mangsa buli di sekolahnya sehinggakan ada di antara pembuli tergamak membaling makanan ke arahnya, memasukkan Elliot ke dalam loker dan lebih mengejutkan apabila ada pembuli tergamak melekatkan kepala Elliot di meja sekolah menggunakan tape ketika dia sedang tidur. Walaupun begitu, Elliot tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada ahli keluarganya yang lain.

Bapa Elliot menyifatkan anaknya itu seorang yang pendiam dan pemalu serta memiliki sifat Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Hal ini kerana, Elliot akan meletakkan pinggan yang digunanya pada tempat yang sama setiap hari, memakai baju yang sama dan sebagainya. Malah ada yang beranggapan Elliot memiliki masalah sindrom Esperger iaitu berhadapan masalah kesukaran bersosial dan berkomunikasi.

Hantar emel ‘diari’ hidup

Namun, segala keperitan dan kesengsaraan yang dilaluinya diceritakan oleh Elliot menerusi video terakhirnya di Youtube dan di blog “Elliot Rodger’s Official Blog. Di situlah, Elliot menceritakan tentang kesunyian dan sering ‘ditolak’ oleh manusia. Segala-galanya bermula apabila Elliot mula merasai dirinya ‘tidak laku’. Dia mula obses dengan wanita dan seks. Malah sekiranya ada wanita yang menolak atau tidak melayannya, Elliot akan mula bertindak agresif.

Pada tahun 2011, disebabkan terlalu cemburu dengan kebahagiaan pasangan bercinta, Elliot telah bertindak mencurahkan air kopi ke arah mereka. Dalam satu insiden lain, Elliot sekali lagi mencurahkan kopi kepada dua gadis hanya kerana dia berang gadis berkenaan tidak melemparkan senyuman kepadanya. Tidak terhenti disitu, Elliot juga dipercayai cuba menolak beberapa gadis dari tebing tetapi berjaya dihalang oleh sekumpulan lelaki.

Sehinggalah pada hari kejadian, Elliot telah menghantar emel yang terkandung satu jurnal My Twisted World: The Story of Elliot Rodger yang ditulisnya kepada 34 orang termasuk, ibu bapa, ahli keluarga lain, rakan sekolah dan pakar terapi mengenai luahan dan penderitaan yang dialaminya. Menurut Peter, dia langsung tidak menyangka bahawa Elliot akan bertindak kejam untuk membalas dendam.

Sempat upload video Youtube

Malah Elliot juga pernah berkata ingin membunuh lelaki yang pernah mengejek, memukul dan bergaduhnya dengannya. Tambah Elliot lagi, dia juga akan mengakhiri hidupnya. Ibu bapa Elliot kemudian menghubungi polis setelah merasa bimbang dengan emel yang dihantar dan video YouTube Elliot.

Dalam video terakhir Elliot di Youtube, dia mempersoalkan mengapa para wanita tidak memandangnya sedangkan dia memiliki segala-galanya termasuklah paras wajah yang kacak.

Esok adalah hari pembalasan, hari di mana saya akan membalas dendam terhadap manusia, terhadap anda semua. Selama lapan tahun terakhir dalam hidup saya, sejak saya akil baligh, saya terpaksa mengalami kesepian, penolakan dan keinginan tidak dapat dipenuhi kerana gadis-gadis tidak pernah tertarik kepada saya. Gadis memberikan kasih sayang, seks dan cinta kepada lelaki lain tetapi bukan dengan saya.

Saya berumur 22 tahun dan saya masih teruna. Saya tidak pernah mencium seorang gadis. Saya telah melalui kuliah lebih daripada dua tahun setengah dan saya masih teruna. Ia sangat menyeksakan. Kolej adalah masa ketika semua orang mengalami perkara-perkara seperti seks dan keseronokan. Sepanjang itu, saya berada dalam kesepian. Ini tidak adil. Anda gadis tidak pernah tertarik kepada saya. Saya tidak tahu mengapa awak tidak tertarik kepada saya, tetapi saya akan hukum anda semua kerana itu.

Tembak diri sendiri

Pada petang 23 Mei 2014, Elliot Rodger telah membunuh enam orang dan mencederakan empat belas yang lain. Dia bertindak menembak, menikam dan melanggar kenderaan di Isla Vista, California. Elliot menikam tiga lelaki satu persatu hingga mati di apartmennya.

Kira-kira tiga jam kemudian dia pergi ke rumah sakit jiwa dan setelah gagal masuk ke dalam, Elliot telah menembak tiga wanita di luar, dua daripadanya meninggal dunia. Dia kemudiannya melalui sebuah deli berhampiran dan menembak mati seorang pelajar lelaki. Dia kemudian mula memandu melalui Isla Vista dan bertindak menembak dan mencederakan beberapa pejalan kaki dari keretanya. Tidak terhenti di situ, dia kemudian melanggar beberapa individu lain.

Dia bertukar tembakan dengan polis. Setelah keretanya merempuh kenderaan yang diparkir, dia ditemui mati di dalam dengan kesan luka tembakan di kepala. Dia dipercayai membunuh diri dengan menembak tepat di kepalanya. Sebelum kejadian itu, Rodger sempat memuat naik ke YouTube sebuah video bertajuk “Retribusi Elliot Rodger”, di mana dia menceritakan serangan yang dirancang dan motifnya.

Dia menjelaskan bahawa dia ingin menghukum wanita kerana menolaknya dan lelaki yang aktif secara seksual kerana sifat cemburunya terhadap mereka. Dia juga menghantar e-mel  jurnal My Twisted World: The Story of Elliot Rodger. Dokumen itu muncul di Internet dan menjadi terkenal sebagai manifestonya. Di dalamnya, ia menceritakan masa kecilnya, konflik keluarga, kekecewaan kerana tidak dapat mencari teman wanita, kebenciannya terhadap wanita, penghinaan terhadap pasangan dan rancangan pembunuhan yang digambarkan sebagai ‘pembalasan’.

Sumber: ABC News, BBC

SKIP THIS AD ×