Sebelum ini, pelakon Didi Astillah meluahkan rasa kesal selepas mengetahui abang iparnya, Aliff Aziz muncul dalam satu sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis adalah rancangannya bersama Ruhainies.
Tambah Didi, dia turut berasa kecewa dengan tindakan Aliff yang didakwa memberikan kenyataan tidak benar tentang perkahwinan bersama kakaknya, Bella Astillah hanya untuk melindungi Ruhainies.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Tidak Lagi ‘Contact’, Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ruhainies & Keluarga – ‘Saya Tak Patut Buka Pintu Itu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Dedah Punca Sebarkan Aib Bella & Muaz Zabir – ’Saya Nak Kongsi Kesakitan Yang Saya Rasa Masa Tu’
Artikel Berkaitan: Didi Astillah Bongkar, Rupanya Muncul Di Podcast ‘Last Plan’ Ruhainies & Aliff Aziz? – ‘Cara Awak Tu Boleh Nampak Kejujuran’
Sampai hari ni kasut tak pakai
Terbaru, Didi berkongsi sebuah video di mana kakaknya, Bella Astillah sentiasa melakukan perkara romantik terhadap abang iparnya itu. Menerusi video yang dikongsikan, Bella kelihatan membalut hadiah kasut untuk diberikan kepada Aliff sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Ujar Didi, kakaknya turut membeli kasut yang sama untuk dipakai dan kelihatan sedondon. Namun apakan daya, kasut itu masih disimpan oleh kakaknya sehingga ke hari ini malah, tidak dipakai langsung.
Ini ke tanda-tanda orang yang memang mau bercerai macam kak long ni. Kak long punya effort untuk birthday abang siap beli kasut untuk sama dengan kak long. Sampai hari ni kasut tu tidak dipakai pun. Korang nilailah sendiri.
Terdahulu, Didi turut menjelaskan mengenai layanan bak puteri Aliff kepada Bella hanyalah bersifat sementara. Selain memaklumkan bahawa sikap Aliff mula berubah selepas mula penggambaran bersama NRF.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Didi Astillah