berita

[VIDEO] Intai Bayi Tidur Dari Celah Katil, Kehadiran Entiti Bikin Seram.. Sekali Dia Buka Mata!

August 13th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Menjaga anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah buat ibu bapa. Hal ini kerana, setiap pergerakan mereka perlu dipantau supaya tidak berlakunya perkara tidak diingini. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa kini mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik tidur bayi.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila satu entiti misteri telah menjelma dalam rakaman CCTV yang dipasang di dalam bilik bayi. Seram!

Penampakan entiti misteri

@lexibruner04I’m traumatized? ##scary? something traumatic – courtneyleehewitt

Menerusi video pendek yang dimuatnaik oleh Lexibruner04 di TikTok, memaparkan seorang bayi sedang tidur dengan nyenyak sambil berselimut di atas katil bayi. Namun tanpa disangka-sangka, ketika itu muncul satu entiti sedang mengintai bayi berkenaan dari celah-celah penghadang katil. Lebih menyeramkan apabila melihat mata entiti misteri itu yang menyeramkan sebelum ‘menghilangkan diri’.

Seramnya!

Rakaman CCTV itu telah menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata daripada mereka turut seram melihat penampakan entiti misteri tersebut selain mengenang keadaan yang dihadapi anak kecil itu. Tidak kurang juga ada yang memaklumkan bahawa mata manusia tidak akan terpantul dengan cahaya pada waktu malam.

Sumber: Lexibruner04

SKIP THIS AD ×