Pelakon Datin Intan Najuwa sering dihujani dengan pelbagai kritikan selepas melahirkan cahaya mata pertama dan kini berat badannya pula menjadi perhatian.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Respon Dipertikai Guna Kerusi Roda, Perut Kembung Macam Ada ‘Baby Bump’ – ‘Agak Mengejutkan Kerana Banyak Komen Daripada Wanita’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Akui Diri Tak Kuat, ‘Respect’ Golongan Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu – ‘Lunara Nangis, Saya Pun Nangis’
Intan semakin kurus
@nona.my Alahai, comel dan sweet sangat Datin Intan Najuwa semalam! Suka nasihat @Intannajuwa untuk pasangan mempelai, dalam perkahwinan ni kena banyak bersabar dan suami isteri kena beradaptasi dengan kehidupan baru, barulah rumah tangga harmoni. Beautiful wishes untuk Wanna dan Amri ? #majalahnona #wannabewithamri
Menerusi perkongsian di TikTok Nona, Intan dilihat telah menghadiri majlis resepsi pelakon Wanna Ali dan pasangannya Khairul Amri Tan Sri Dato’ Sri Khalid yang berlangsung baru-baru ini.
Intan yang mengenakan busana berwarna kuning itu telah menyorot perhatian warganet berikutan dirinya kelihatan lebih ramping dan kurus.
Respons Intan
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik komen-komen warganet yang disifatkan melampau.
Tidak berdiam diri, aktres berusia 28 tahun itu kemudian menyelar tindakan segelintir warganet yang didakwa mengkritik fizikalnya.
Antara mulut-mulut perempuan puaka. Hati-hati ya, kalau dapat kawan jenis macam ini ‘jotos’ je kepala mereka. Hari itu semasa saya gemuk, semua orang kutuk cakap saya macam-macam.
Ini bila dah kurus mereka kata, ‘beranak anak pertama memang senang kurus balik.’
‘Nanti beranak anak kedua atau ketiga kembang la kau Intan.’
‘Biasalah anak pertama, saya pun senang kurus balik dapat berat asal.’
‘Dulu saya anak pertama pun kurus balik, nanti masuk anak nombor dua tak kurus la Intan.’
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Sumber: IG Intan Najuwa , TikTok Nona