Pelakon Datin Intan Najuwa mengimbas kembali momen dia bersama keluarga sibuk melakukan persiapan majlis merisik dan bertunang dengan suami, Datuk Azraf Azman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Hari 3 Kali Makan Salad, Rumah Saya Penuh Salad’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Kongsi Detik Awal Percintaan Dengan Suami – ‘Mestilah Dia Yang Mengorat Saya Dulu’
Throwback merisik, bertunang
Menerusi hantaran di TikTok, Intan, 27, memberitahu tujuan dia memuat naik video yang sudah lama disimpan itu kerana mahu mengimbau kembali momen manis tersebut.
Dah lama peram video ini. Letak di sini (TikTok) sebagai memori. Ketika ini adalah hari merisik dan bertunang saya. Throwback sikit okay.
Tambah aktres berkenaan, majlis merisik dan bertunang itu dilakukan dalam keadaan sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Saya ambil keputusan untuk buat majlis yang sangat simple dan untuk keluarga terdekat sahaja. What a beautiful memories.
Dalam video yang dikongsikan, Intan dan beberapa ahli keluarganya dilihat sibuk menyediakan juadah dan mengemas rumah.
Malah, Intan dilihat memasak sendiri juadah yang disediakan untuk tetamu.
Selain itu, gelagat Intan yang menunjukkan reaksi gemuruh untuk dirisik oleh keluarga suami turut mencuit hati wargamaya.
Imbas kembali, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 40, dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah resort terkenal di Desaru, Johor pada 18 Ogos 2023.
Video
@intannajuwaaaDah lama peram video ni. Keeping it here as a memories. It’s my Merisik & tunang day ?? Kita throwback ok ? I decided untuk buat majlis yang sangat simple & intimate only for family je. What a beautiful memories ??? Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna
Sumber: TikTok