Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli berhasrat untuk melakukan pembedahan hidung agar nampak lebih mancung.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Idea Nak Terbitkan Drama, Mahu Angkat Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Bakal Sambung Belajar Di Mesir Dalam Bidang Syariah Islam, Risau Tinggalkan Anak Lama
‘Hidung bahagian bawah tu macam kembang sangat’
Ketika ditemui OhBulan! di Rumah Terbuka Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida di Glamhall Damansara, Iqbal akui perancangan itu adalah disebabkan dia berasa ‘insecure’ dengan bentuk hidungnya itu.
Orang ada tanya saya pernah cucuk bagi putih ke, saya cakap tak pernah tapi saya teringin nak buat hidung. Nak kecilkan hidung, lepastu nak tanam rambut dan kurus.
Hidung saya dah mancung tapi bahagian bawah kembang sangat. Saya kalau buat apa-apa saya tak berahsia, saya akan beritahu je.
Sementara itu apabila ditanya mengenai pengalamannya selepas menjalani Allurion Intagastric Ballon, Iqbal menyifatkan prosedur itu agak membebankan sehingga mengganggu rutin hariannya.
Sama je macam tak ada beza pun. Memang terseksa bila pakai belon tu. Masa pakai tu, saya tak naik rumah tingkat atas. Perubahan tu ada, turun dalam 6 kilogram. Lepas 4 bulan bila belon keluar, berat badan naik semula.
Mungkin sebab saya tak jaga pemakanan. Bila belon tu dalam perut saya dalam dua tiga bulan, saya jadi selesa.
Ujar Iqbal lagi, salah satu punca berat badannya semakin naik adalah kerana dirinya yang tidak menjaga pemakanan.