Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui akan menolak sekiranya ada individu yang melamarnya untuk menjadikan teman hidup.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Terima Teguran Guru Vokal Dengan Hati Terbuka, Cadang Mahu Daftar Kelas Nyanyian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ira Kazar Boleh Menyanyi, Suara Dia Sedap Cuma Lemah Pernafasan’ – Cikgu Vokal
‘Saya bahagia dengan kehidupan sekarang’
@papalarisofficial Ira dah ada penganti?? #irakaza ? Everyday/Cute Piano Solo(1512061) – Sumochi
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 29, memberitahu bahawa dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua meskipun dirinya kini masih solo.
Tambah Ira lagi, dia juga tidak terfikir untuk menerima pinangan mana-mana lelaki walaupun individu tersebut seorang yang berpengaruh atau berharta. Anak kepada pelakon veteran Kazar ini mengakui dia kini bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Buat masa sekarang saya tak terima kot pinangan. Sebab saya bahagia dengan kehidupan saya yang sekarang.
Dalam masa yang sama, usahawan kontroversi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri juga sempat berseloroh dengan bertanyakan kepada Ira adakah benar dia tidak memiliki teman istimewa.
Kalau ada pun (teman lelaki) tak akan nak tunjuk.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki Ira malah mereka menyifatkan wanita itu kelihatan lebih berseri selepas bercerai.
Sejak cerai bukan main dia berseri, lawa
Pipi dia chubby, makin berisi dan makin lawa
Berkenan..lelaki biasa boleh ke Cik Ira Kazar
Kalau ada pun, Ira berhak bahagia. Semoga pengganti bekas suami lebih bertanggungjawab
Betul kata Ira, kalau ada pun tak perlu tunjuk. Dewasa pemikiran dia
Sumber: TikTok Aliff Syukri