berita

[VIDEO] Isteri Achey Minta Maaf Belum Mampu Bagi Zuriat, Pujuk Anak Menangis Selepas Tahu Rawatan IVF Gagal

December 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya terpaksa akur dengan perancangan Allah SWT apabila gagal dalam proses rawatan pensenyawaan in vitro (IVF).

Artikel Berkaitan: IVF Isteri Dah Masuk Proses Penting, Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan

Keputusan negatif

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hasanah memohon maaf kepada Achey kerana masih belum mampu memberikan zuriat.

Biarpun keputusan tidak berpihak pada mereka, Hasanah tidak akan berputus asa demi melahirkan anak buat suami tersayang.

Maafkan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat. Insya-Allah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya. Saya sayang awak.

Hasanah turut menzahirkan rasa terharu atas pengorbanan pemilik nama Mohd Nasir Hamzah yang selama ini menjadi punca kekuatan dirinya selain sentiasa ada di waktu susah senang.

Terima kasih selama ini menjadi tulang belakang saya. Banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya dan anak, bahagikan masa dengan kerja.

Terima kasih banyak jaga saya masa sakit. Saya hargai sangat.

Tumpah air mata

Dalam hantaran berbeza, Hasanah dilihat memujuk anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang sedih selepas mengetahui dirinya belum lagi dapat menjadi kakak.

Mama kan ada, kakak kan ada kawan mama. Nanti mama buat lagi baby okay. Kakak doakanlah mama. Boleh? Kakak sabar ya, insya-Allah ada rezekinya nanti.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pasangan ini terus kuat di samping akan dikurniakan anak suatu hari nanti.

Terdahulu, Achey dan Hasanah ini memulakan rawatan IVF sejak Ogos lalu sebagai usaha mereka untuk menimang cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @anne_achey._

SKIP THIS AD ×