![[VIDEO] Isteri Andika Matang, Tak Cemburu Andika Putera Bergambar Dengan Alisha & Ananda Natasha – ‘Kasih Sayang Yang Adil Untuk Anak’](https://media.ohbulan.com/2025/04/andika-10.jpg)

Pempengaruh media sosial, Andika Putera tampil bersama isterinya, Dr Amalina Aiza ekoran gambar yang dimuat naik bersama bekas isteri, Ananda Natasha semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Dakwa Pernah Dipukul Beramai-Ramai Tanpa Sebab – ‘Waktu Itu Saya Betul-Betul Tengah Naik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Pilih Andika Putera Sebagai Suami Sebab Nak Kelainan, Bosan Bercinta Dengan Doktor – ‘Kami Sibuk, Kalau Borak Pun Pasal Kerja’
Matang demi anak
@andikaputeraa Jawapan daripada wife, mulut dia sendiri. Alhamdulillah, kasih sayang yang adil untuk anak. Tak pernah halang or letak any hate on Alisha?? Alhamdulillah Allah yang izinkan semua benda baik ni. @Amalina Aiza ? original sound – Andika Putera
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, isteri kepada pempengaruh berusia 28 tahun itu iaitu Dr Amalina akui perlu bersikap matang untuk menghidupkan suasana yang sihat bagi tumbesaran anak tirinya, Alisha.
Menurutnya, setiap orang memiliki tugas masing-masing untuk memastikan Alisha membesar dengan baik.
Kita kena matang. Sebab segala yang kita buat adalah untuk Alisha.
Saya mahu Alisha membesar dalam rumah tangga yang sihat.
Maksudnya, bukan nak mengajar untuk dia benci sesiapa.
Dalam pada itu, Andika memuji sifat profesional isterinya yang mengutamakan hubungan Alisha dengan ibu kandung.
Pemikiran orang berpelajaran




Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemikiran Dr Amalina yang matang dalam membentuk persekitaran yang sihat buat Alisha. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Dr Amalina istiqamah dalam menjaga hubungan anak tirinya dengan ibu kandung.
Sumber: TikTok @AndikaPutera







