Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali membuat kejutan dengan menghadiahkan satu pokok cili api kepada isterinya, Siti Zulaikha.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Dedah Wajah & Nama Anak Di Instagram – ‘Puteri Ketiga Kami, Nurraisya Sofea’
Artikel Berkaitan: Isteri Fizi Ali Selamat Bersalin Anak Perempuan Seberat 3.36 Kg – ‘Hampir Enam Jam Mama Bertarung Untuk Normal’
Bagi hadiah pokok cili api
Menurut Zulaikha, 31, pada awalnya, Fizi telah membelikannya sekuntum bunga ros (mawar) tetapi dia memberitahu bahawa dia tidak suka kerana cepat mati.
Namun tanpa diduga, rupa-rupanya suaminya itu telah menyediakan satu lagi hadiah di luar jangkaannya. Penyampai radio itu telah membeli satu pokok cili api yang diletakkan di dalam pasu lalu dihadiahkan kepada isteri.
Suami balik dari gym, lepas tu dia bawalah bunga ros ni. Saya cakap saya tak suka bunga sebab bunga akan mati. Yelah, kita pula tengah bad mood.
Lepas tu dia kata tak apa, tahu-tahu dia belikan pokok cili api. Dia suruh jaga, jangan bagi mati.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Zulaikha turut meminta tips daripada orang ramai tentang penjagaan pokok cili yang betul supaya tumbuhan itu tidak mudah rosak atau mati.
Terdahulu, isteri kepada Fizi iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada 7 Julai lalu.
Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaiikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.
Video
Sumber: Instagram Zulaikha