berita

[VIDEO] Isteri Geram Suami Masih Tersenyum Selepas Ditangkap Khalwat – ‘Tiada Perasaan Langsung!’

November 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hati isteri mana yang tak luluh dan kecewa bila dapat tahu suami sendiri berlaku curang dengan wanita lain. Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila si isteri sendiri menjadi saksi melihat suaminya berfoya-foya dengan teman wanitanya namun, lelaki tersebut bertindak seolah-olah tidak bersalah dengan apa yang telah terjadi.

Artikel Berkaitan: Suami Kantoi Kahwin Ramai, Isteri Lepas Geram Upah 7 Lelaki Bunuh Suami

Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Rancang Rompakan & Pembunuhan Suami Sendiri Demi Harta, Pandai Dia Berlakon!

Artikel Berkaitan: Viral Isteri Rancang Pembunuhan Suami Bersama Teman Lelaki, Dia Sempat ‘Menangis’ Di Kubur Suami

Suami kantoi curang

Seperti video dikongsi seorang wanita cekal dari Indonesia, di laman TikTok, ‘menangkap’ suaminya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Video tersebut bagaimanapun, telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang geram dengan tindakan lelaki berkenaan.

Maaf saya sudah tak tahan dengan emosi. Sejak Julai saya tahan.

Menerusi video pendek dikongsi, si suami dilihat tersenyum ketika isterinya meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi. Pada masa yang sama, dia (isteri) berharap agar kekasih suaminya menerima balasan yang setimpal atas apa yang telah dilakukan.

Tak ada perasaan dan masih boleh tersenyum seperti itu. Anak saya sakit di rumah, adakah awak tahu?

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut mempersoalkan tanggungjawab hakiki seorang ayah kepada anaknya yang berusia tiga tahun. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan lelaki ini dan memintanya bersabar dengan ujian tersebut.

Tak apa jika tidak sayang saya. Tapi setidaknya peduli lah sikit dengan keadaan anak.

Suatu hari nanti, awak mempunyai anak dan awak akan mendapat karma. Anak saya yang berumur tiga tahun belum pun masuk ke sekolah. Bapa jenis apa yang tiada belas kasihan kepada anak-anaknya?

Video penuh:

@alestiani97 Maaf saya sudah tidak bisa menahan emosi yang sejak Juli sudah saya tahan #pelakor #pelakorviral #pelakoradadimanamana ? suara asli – Alestiani

@alestiani97 Selamat Hari Ayah ya Pah dari Yukey & Arter , semoga bahagia sm tante #pelakor #pelakorviral #pelakoradadimanamana ? suara asli – Alestiani

@alestiani97 dimana ya hati nurani nya sebagai seorang ayah? lebih memilih bersama pelakor , #pelakor #pelakorviral #pelakoradadimanamana ? suara asli – Alestiani

Sumber: Alestiani97

SKIP THIS AD ×