berita

Viral Kisah Isteri Rancang Pembunuhan Suami Bersama Teman Lelaki, Dia Sempat ‘Menangis’ Di Kubur Suami

July 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto:  Indozone

Sebelum ini, viral sebuah video memaparkan seorang wanita yang menangis teresak-esak meminta bantuan daripada orang ramai berikutan telah dirompak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama suaminya. Bagaimanapun, suaminya meninggal dunia susulan ditikam di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Rancang Rompakan & Pembunuhan Suami Sendiri Demi Harta, Pandai Dia Berlakon!

Artikel Berkaitan: ‘Master Mind’ Pembunuhan Suami Demi Duit Insuran, Namun Tersilap Langkah Apabila Pembunuh Yang Diupah…..

Namun, pihak polis mendakwa si isteri bersama teman lelakinya yang bertindak merancang rompakan dan pembunuhan tersebut demi memperoleh harta yang ditinggalkan oleh suaminya.

Dibantu teman lelaki

Foto: Kabar Papua

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kabar Papua, isteri mangsa dikenali sebagai Virgita Legina Hellu (VLH) mengaku telah merancang pembunuhan suaminya bersama teman lelakinya dikenali sebagai MM yang berasal dari negara Afganistan. Ujar Ketua Polis Bandar Jayapura, Komisioner Polis Gustav R. Urbinas, wanita itu pada mulanya sudah memberikan wang sebanyak 2 juta rupiah (kira-kira RM575) kepada teman lelakinya sebelum insiden itu berlaku. 

Isteri mangsa sudah tahu dan merancang akan pembunuhan suaminya pada malam itu.

Berbicara lebih lanjut, Gustaz menjelaskan pasangan ini mula berkenalan menerusi media sosial sebelum wujudnya perasaan cinta antara mereka berdua.

MM tak ada kerja, dia belikan 1 motosikal, kadang berikan kereta sewa selama sebulan, diberi duit.

Dah pernah rancang 2 kali

Foto: Indozone

Apa yang lebih mengejutkan, apabila pihak polis mendapati suspek sudah merancang dua kali untuk membunuh mangsa pada bulan Februari dan Mac yang lalu bagaimanapun, isteri kepada mangsa tidak bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Namun, suspek sekali lagi mengemukakan rancangan ketiga sebelum dipersetujui bersama.

Semua ini adalah idea daripada MM.

Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun atau pun penjara seumur hidup. 

Menangis depan jenazah

Menerusi beberapa buah video yang dikongsi, dapat dilihat reaksi si isteri yang menangis teresak-esak meratapi pemergian suaminya. Namun, netizen mendakwa apa yang dilakukan adalah lakonan semata-mata demi meraih simpati daripada orang ramai.

Sumber: Kabar Papua

SKIP THIS AD ×