Isteri kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi kepada suaminya bersempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-28, pada Julai lalu.
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kongsi Nama Anak, Aya Rayana Jadi Pilihan – ‘Bermaksud Bukti Kebesaran Allah & Pintu Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MK K-Clique Kongsi Berita Kehamilan Anak Pertama Pada Hari Lahir Ke-28!
Hadiah motor
Menerusi perkongsian di TikTok, Hajaar memberitahu, kenderaan dua roda itu merupakan motor idaman MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.
Video ini waktu birthday kesayangan (MK) pada 27 Julai lalu, baru sempat edit dan post sekarang sebab waktu itu saya sarat nak melahirkan puteri sulung.
Motor itu dia pernah kongsi cerita dekat saya, dia kata nak sangat beli tapi saya jenis takut lihat orang naik motor, makanya ketika itu saya tidak setuju dia beli.
Tapi tak boleh la tengok kesayangan saya sedih tak dapat pakai apa yang di mahu. Saya pun fikir, tak apa lah. Saya akhirnya hadiahkan dia motor itu waktu birthday.
Menerusi hantaran sama, dapat dilihat MK tersenyum kegembiraan menerima hadiah itu dan terus menunggang motosikal tersebut.
Tumpang gembira
Selain motor, Hajaar berkata dia turut menghadiahkan sepasang sandal kepada suaminya.
Sandal itu pun dia pernah tunjuk dia suka. Apa lahi saya belikan juga untuk hadiah kedua.
Bila suami gembira, saya pun akan hilang penat, sedih, sakit. Turut tumpang gembira juga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.
Sekadar info, MK dan Hajaar selamat bergelar suami isteri pada 16 Jun tahun lalu.
Pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu yang diberi nama Aya Rayana.
Video
@hajaarsitiiThrowback! Baru sempat edit, video ni time birthday kesayangan 27/7. Time tu saya tengah sarat nak melahirkan seorang puteri, tak sempat nak edit2 and post. “Bila suami happy, kita pun akan hilang penat, sedih, sakit. Kita pun akan tumpang happy” Btw, motor tu dia share story dkt Aja, dia nak sangat beli tapi Aja ni takut kalau orang2 naik motor apa semua ni, then Aja tak setuju. Hahaha. Tapi kita tak boleh la tengok kesayangan kita macam ala sedih tak dapat nak pakai apa yg dia nak. Aja pun fikir2, tak apa la. Aja hadiahkan dia la motor yang dia nak time birthday nya. Deal, dan beli. Masa tu MK belum ada kat rumah. Malam hari yg sama dia balik rumah dari kerja dan… tengok la video tu! Hehe” ; Sandals tu pun dia pernah tunjuk dia suka, apa lagi kita beli la juga untuk gift kedua. ? Alhamdulillah. Loveeeee Suamiku ??? Untuk Mencintaimu – Seventeen
Sumber: TikTok