berita

[VIDEO] Isteri Kantoi Curang, Melutut Mohon Maaf

August 24th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Isteri Kantoi Curang

Di Tanjung Jabung Barat, Indonesia, tular seorang suami menyerbu sebuah rumah tumpangan selepas mendakwa isterinya sedang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Artikel Berkaitan: Kantoi Curang, Wanita Dilumur & Dipaksa Makan Najis Kekasih

Suami berang tindakan isteri

Memetik laporan Detik News, seorang isteri telah ditangkap oleh suaminya ketika berasmara bersama lelaki lain di sebuah bangunan pada Selasa lalu.

Menerusi video yang dikongsikan, terlihat seorang lelaki berbaju merah menendang pintu rumah tersebut. Alangkah terkejutnya si suami melihat isterinya yang hanya berkemban menggunakan kain sarung.

Tidak lama selepas itu, si suami membelasah lelaki yang bersama isterinya dengan penuh emosi. Manakala, si isteri menangis sambil melutut memohon maaf kepada suaminya.

Walau bagaimanapun, Ketua polis Tanjung Jabung Barat, Padli berkata, masalah rumah tangga pasangan itu telah diselesaikan secara baik dengan persetujuan kedua pihak.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by iklnusantara (@ikl_nusantara)

Sumber: News Detik, Instagram

SKIP THIS AD ×