berita

[VIDEO] Isteri Kejar Suami Tengah ‘Shopping’ Raya Dengan Kekasih? – ‘Kau Tahu Tak Ni Laki Orang, Aku Bini Dia’

April 8th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di aplikasi X, viral sebuah video di mana seorang isteri mengejar suaminya ketika sedang membeli belah didakwa bersama kekasih hati.

Artikel Berkaitan: Dituduh Curang & Hamilkan Teman Wanita, Lelaki Viral Buat Laporan Polis – ‘Semua Itu Tidak Benar’

Kau tahu ni laki orang?

Menerusi rakaman video berdurasi 1:30 saat itu, wanita berkenaan bertindak mengekori suaminya sebelum menyerang pasangan tersebut dari arah tepi dan belakang.

Sepanjang video itu, si isteri kelihatan menjerit dan memberitahu kepada wanita tersebut bahawa suaminya sudah berkahwin. Lebih mencuri tumpuan, wanita itu dilihat tersenyum sewaktu diserang bertalu-talu di tempat kejadian.

Si suami pula tergamak melarikan diri dan didakwa memeluk teman wanitanya agar segera keluar dari kawasan itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat reaksi penyondol berkenaan. Tambah warganet, penyondol tersebut sepatutnya berasa malu apabila diserang seperti itu.

Video

@ohbulanofficial

Viral sebuah video di mana seorang isteri mengejar suaminya ketika sedang membeli belah didakwa bersama kekasih hati. #ohbulan #trendingnewsmalaysia #suami #kantoi #curang #shopping #raya

? Suspense – Gold-Tiger

Sumber: X

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×