Di TikTok, seorang lelaki terpaksa bersanding seorang diri gara-gara isterinya perlu ditahan di hospital akibat masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: Buat Wedding Outdoor Atas Bangunan, Raja Sehari Redha Hujan Lebat
Artikel Berkaitan: Suami Diuji Sakit, Wanita Terima Pujian Tetap Setia Teruskan Perkahwinan
Setahun tunggu detik ini
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh individu digelar Syaf, hari yang sepatutnya menjadi detik bersejarah itu bertukar pilu apabila dia terpaksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa kehadiran isteri di sampingnya. Malah, momen istimewa itu juga telah dinanti-nanti selama setahun.
Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri, isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan. Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti.
Perkongsian ini telah berjaya meraih simpati warganet yang rata-ratanya turut merasakan kesedihan atas ujian yang menimpa si pengantin. Ruangan komen pula dibanjiri dengan pelbagai ucapan, doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini.
Difahamkan, pasangan pengantin berkenaan telah pun melangsungkan pernikahan semasa tempoh PKP tahun lalu dan terpaksa menunggu setahun untuk majlis persandingan tersebut kerana tuntutan kerja.
Video
@syaf0311 pahit untuk ditelan ????
Sumber: TikTok