Situasi hiba menyelubungi majlis hari graduasi sebuah universiti di Indonesia apabila seorang lelaki hadir menjadi wakil untuk mengambil ijazah arwah isterinya yang telah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Bayi 4 Bulan Naik Pentas Graduasi, Wakili Ibu Yang Meninggal Selepas Bersalin
Meninggal dunia lahirkan anak
Menerusi video yang dimuat naik @rubah_putih di TikTok, dia berasa hairan melihat seorang lelaki yang tidak mengenakan pakaian rasmi seperti calon mahasiswa yang lain.
Lelaki yang berambut panjang tersebut dilihat hanya mengenakan kemeja-T lengan pendek sambil memegang gambar seorang wanita sebelum menuju ke atas pentas.
Majlis yang pada awalnya ceria kemudiannya bertukar menjadi hiba selepas mendengar pengumuman yang disampaikan pengacara majlis.
Difahamkan, gambar yang dibawa lelaki berkenaan merupakan potret arwah isterinya yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat lelaki tersebut dan mendoakan agar dirinya tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.
Video
@rubah_putihMoment yudisium yang tak terlupakan?? suara asli – Whitefoxx
Sumber: TikTok