Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang wanita bergelar isteri di Indonesia menyerbu rumah pelacuran yang dikunjungi suaminya.
Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Guna Besi, Syak Ada Kekasih Gelap
Artikel Berkaitan: Model Baju Raya Berstatus Suami Orang Didakwa Ada Video Lucah Dengan Pelacur Thailand, Ada 4 IG Berbeza?
Suami kantoi langgan pelacur?
Menerusi video tersebut, wanita terbabit memasuki premis tersebut dan menyelak langsir di sebuah bilik. Alangkah terkejutnya apabila melihat terdapat dua lelaki bersama seorang wanita yang berpakaian kurang sopan seperti sedang berkemban berada di atas katil. Lebih meruntun hati apabila melihat lelaki yang masih berbaring di atas katil itu adalah suaminya sendiri.
Tidak dapat menahan marah, wanita terbabit menarik suaminya keluar dari bilik dan merentap kolar baju lelaki itu. Tidak terhenti di situ, si isteri bertindak menampar wajah dan menarik rambut suaminya itu berkali-kali.
Meskipun mengetahui dirinya sudah melakukan pengkhianatan, tetapi lelaki terbabit dilihat seperti membela dirinya setiap kali dimarahi si isteri. Tetapi, lelaki terbabit tidak melawan meskipun wanita itu mengasarinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya kasihan melihat si isteri tersebut kerana dikhianati si suami. Mereka turut tertanya-tanya apakah kekurangan si isteri sehingga si suami tergamak melanggan pelacur. Dalam kesempatan itu, wargamaya sempat menasihati para lelaki yang bergelar suami supaya menghargai pengorbanan isteri dan jangan sesekali mengkhianati mereka.
Video
Versi full ??? https://t.co/i3GfFFUOYs pic.twitter.com/IindSqqHKB
— ??? (@Pai_C1) November 6, 2023
Sumber: Aplikasi X PaiC1