Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan dia langsung tidak berasa takut untuk berdepan dengan seorang pegawai pemasaran yang didakwa telah menipu dalam urusan perniagaan yang membabitkan mereka berdua.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Ulas Video Temu Bual Individu Dakwa Ditipu Aktres Terkenal – ‘Bagi Saya Jumpa Peguam Dulu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Dia Berani Datang Berjumpa’ – Pengadu Dakwa Dituduh Pelakon Wanita Popular
Tak takut, jumpa mahkamah
Menurut Puteri Sarah, dia juga tidak kisah sekiranya individu terbabit sudah melantik peguam dan bertindak untuk menyaman dirinya.
Tegas aktres itu, dia mempunyai segala bukti untuk mendakwa pegawai pemasaran berkenaan di mahkamah.
Netizen kata dia sudah pasang peguam, ingat saya takut ke? Saya ini ratu saman. Orang kalau tengok muka saya mesti akan cakap ‘nanti dia saman’.
Saya tidak takut, mahkamah itu dah macam rumah kedua saya. Hampir setiap bulan saya pergi.
Macam-macam gaya fesyen dah saya pakai, hari ini jubah ini, bulan depan jubah lain. Mahkamah tu tempat fashion show saya.
Jadi saya tidak hairan jika dia sudah pasang peguam. Saya sudah ada banyak bukti nak dakwa dia.
Puteri Sarah berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat memuat naik foto bersama peguam yang dilantik dipercayai bagi menguruskan isu tersebut.
Menfitnah, menyebarkan fitnah. Menuduh tanpa bukti. Lain kali nak menghina dan menfitnah pastikan berserta bukti, bukan jadi tin kosong. Jumpa di mahkamah.
Terdahulu, Puteri Sarah enggan mengulas mengenai video temu bual seorang individu bersama Melodi yang mendakwa dirinya telah ditipu seorang aktres terkenal.
Dalam temu bual berkenaan, individu tersebut yang dipercayai pegawai pemasaran yang dimaksudkan Puteri Sarah mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon terkenal yang juga merupakan rakan perniagaannya.
Dakwa individu terbabit, aktres itu telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar di laman sosial.
Selain itu, dia juga mendakwa sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres terbabit bagi berbincang dan menyelesaikan masalah antara mereka, namun tiada respon diberikan.
Video
@ika_viralshop Replying to @yuyuriz85 SAYA TETAP SAYANG&SOKONG PSL???????????#puterisarahandiarsyil #puterisarahliyanaterkini #puterisarahfans #puterisarahliyana #ikaviralshop #lumier #lumierhydrabrightpillowfacialwash #hydrabrightcleansingbalm #hijrahseries #andiarsyilrahmanputerisarah #retinolserum #bodyoil #lumierbypsl #arasyibypsl #puterisarah ? original sound – Kedai Viral Tiktok – ikaviralshop
Sumber: TikTok