Pelakon Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai isu foto suaminya, Aidil Aziz yang berpelukan dengan aktres Sharifah Sakinah.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Kagum Disiplin Sharifah Rose – ‘Dia Mampu Pergi Jauh’

Artikel Berkaitan: Aidil Aziz Kunci Mulut Isu Fasha Sandha Berlakon Tanggal Tudung – ‘Saya Setuju Dia Terima Tawaran Drama Tersebut’

Enggan ulas lanjut

Ketika ditemui OhBulan!, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, menganggap isu yang timbul tidak perlu diperbesarkan selain bimbang kenyataannya akan disalah tafsir.

Kalau orang tanya pasal isu tu saya tak nak komenlah sebab nanti kalau komen kita akan nampak macam tak betul pula. 

Jadi lebih baik tak payah komen. Pada saya isu itu terlalu remeh untuk dibicarakan.

Saya kenal Sakinah dah lama daripada zaman saya tak berlakon dengan dia. Jadi saya selesa dengan dia dan dia sekarang berlakon dengan Aidil.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis previu episod akhir drama Doa Yang Terlindung bersama peminat yang diadakan di Ampang Coffee House, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ditanya sama ada komen-komen negatif di media sosial mengganggu emosinya, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui dia jarang membaca kritikan netizen kerana kesibukan jadual harian.

Saya tak baca sangat komen negatif ni sebab bagi saya ia macam angin lalu saja. Saya pun baru nak belajar main aplikasi Threads. 

Selalunya saya memang lambat dalam hal media sosial ni sebab terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak.

Terdahulu, hantaran foto mesra Fasha bersama suaminya telah menjadi ‘buah mulut’ netizen apabila turut memperlihatkan Sakinah memeluk Aidil. 

Foto tersebut difahamkan diambil sewaktu mereka menghadiri acara promosi drama terbaharu lakonan Aidil dan Sakinah yang berjudul Sujud Terakhir Encik Norman.