berita

Video: Isu Lawak Luna Maya, Nabil Mohon Maaf

February 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-06 at 7.51.34 PMKecoh apabila bekas Juara Lawak ini dikatakan telah memalukan Luna Maya dalam salah satu ‘punchline’ lawak yang dilakukan secara langsung dalam sebuah program realiti televisyen minggu lepas.

Kesan daripada kejadian itu, Nabil telah mendapat kritikan hebat daripada peminat yang kebanyakannya mendakwa bahawa Nabil bersikap tidak sensitif terhadap isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Nabil Kesal Dengan Sikap Peminat

Namun akhirnya, baru-baru ini Nabil yang pada mulanya berkeras mempertahankan pendiriannya itu telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah program hiburan yang diacarakan olehnya.

Screen Shot 2014-02-03 at 10.52.57 PMNabil membuat permohonan maaf secara terbuka

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat yang marah sebab minggu lepas kami ada buat lawak yang agresif sikit dan mungkin telah melukakan hati ramai orang. Jadi saya dengan rendah diri nak minta maaflah pada semua”

Mengakui kesalahannya, Nabil turut mengatakan bahawa objektif persembahannya agak tersasar dan perkara itu berlaku secara tidak sengaja. Jom kita lihat video tersebut di bawah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×