Pihak produksi Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sedia maklum berhubung isu peribadi penyanyi, Nubhan yang telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hasrat Mak Nak Ke Korea Dah Terlaksana’ – Nubhan

Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berang Dengan Nubhan, Dakwa Barang Peribadi Dicampak Di Hadapan Rumah Ibu – ‘Pernah Dah Dia Buat Saya Macam Ini’

Isu peribadi

@ohbulanofficial

Pihak produksi Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sedia maklum berhubung isu peribadi penyanyi, Nubhan yang telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pihak. #ohbulan #kinitrending #gegarvaganza12

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Idlan Zahari memaklumkan pihak produksi tidak berhak untuk memberhentikan penyanyi berusia 39 tahun itu daripada terus bertanding dalam program Gegar Vaganza musim ke-12.

Reaksi penonton dan hal peribadi peserta adalah di luar kawalan produksi.

Apa yang kami boleh kawal adalah memastikan persembahan terbaik dipersembahkan setiap minggu.

Setakat ini, tiada kenyataan daripada Nubhan untuk tarik diri.

Idlan berkata demikian ketika ditemui usai tamat konsert minggu ke-10 FV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Nubhan layak bertanding

Dalam pada itu, Idlan berpendapat isu peribadi yang dihadapi Nubhan tidak menjadi alasan kukuh untuk diberhentikan daripada bertanding.

Selain itu, pelantun lagu ‘Kekasih Untukku’ tidak melanggar syarat pertandingan sepanjang 10 minggu bertanding.

Kami sedar perihatinan penonton terhadap peserta, terutama berkaitan masalah peribadi.

Namun, Nubhan tidak melanggar apa-apa peraturan atau syarat bertanding.

Sebagai peserta, dia masih layak untuk sertai GV12.

Imbas kembali, dakwaan Nubhan yang membawa keluar barang bekas isteri, Dr Fie dari rumah tanpa kebenaran mengundang amarah dalam kalangan netiezen.

Rata-rata netizen menganggap tindakan Nubhan agak keterlaluan sehingga memilih untuk memboikot program nyanyian yang disertainya.