![[VIDEO] Isyariana Rancang Kembali Aktif Menyanyi, Sudah Sembuh Dari Trauma](https://asset.ohbulan.com/2025/06/isyariana.jpg)
Pelakon, Isyariana meluahkan hasrat untuk kembali melebarkan sayapnya dalam karier nyanyian selepas sekian lama meninggalkan bidang itu kerana memberi fokus kepada lakonan.
Artikel Berkaitan: Isyariana Lakukan Adegan Mangsa Rog*l Sebelum Berhijab
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tawaran Ditarik Kerana Imej Bertudung, Isyariana Percaya Pada Rezeki – ‘Ummi Nazeera Boleh Saja Bawak Watak Antagonis’
Ada trauma

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Isyariana Che Azmi, 35, berkongsi sebelum ini dia memilih untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan kerana pernah mengalami trauma dalam nyanyian.
Apabila sudah berlakon saya sudah tidak menyanyi, kemudian tersingkir pula pada minggu kelima selepas memasuki Akademi Fantasia 2016 dan tidak dinafikan ada trauma sedikit.
Ketika menyanyi memang trauma itu menghantui dan disebabkan itu saya sibukkan diri dengan lakonan.
Tapi apabila kembali menyanyi pada tahun lalu, saya rasa mungkin sudah sembuh daripada trauma itu.
Ramai juga yang beri sokongan untuk saya kembali aktif menyanyi.
Isyariana berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem Misteri Fraser 1910 di GSC Midvalley Megamall, baru-baru ini.
Walaupun sudah lama meninggalkan karier nyanyian, Isyariana berkata dia tidak pernah terdetik untuk berhenti menyanyi kerana itu adalah minatnya dari kecil.
Daripada saya kecil, saya memang suka menyanyi. Kalau di rumah, saya sahaja yang rajin menyanyi dan apabila sudah memasuki bidang lakonan saya tidak tinggalkan nyanyian itu.
Cuma saya rasa kekok sikit sahaja.
Dalam perkembangan lain, Isyariana kini tampil di layar perak melakonkan watak Wati dalam filem Misteri Fraser 1910 yang akan ditayangkan pada 26 Jun ini.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
