berita

[VIDEO] ‘Itu Ayah, Dik…’ – 13 Bulan Tak Jumpa, Anak Tentera Menangis Tak Kenal Bapa, Sebak!

September 1st, 2020 | by Shahira
Video Popular

Pahit untuk ditelan, tapi inilah hakikat yang terpaksa diterima dan dilalui oleh anak-anak berbapakan seorang prajurit negara. Terbaru, viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan momen sedih seorang askar dari negara seberang, Indonesia terpaksa berpisah jauh hampir 13 bulan dan menahan rindu terhadap isteri dan anak kecilnya.

13 bulan tak berjumpa

@gava_xysetelah 13 bulan gk ketemu, pertama ketemu malah nangis???##pejuangldr ##beranda ##2mouth ##pejuangfyp? original sound – Anita.tlb_

Menerusi video pendek yang dimuatnaik Gava_xy di TikTok memperlihatkan hasrat seorang bapa yang berkhidmat sebagai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk memeluk dan melepaskan rindu terhadap si anak tidak kesampaian. Hal ini kerana, anak kecil itu seolah-olah tidak ‘mengenali’ apatah lagi mahu mendekati dirinya.

Lebih meruntun hati apabila melihat anak kecil itu terus menangis dan memeluk ibunya sambil diperhatikan si bapa yang berada di luar pagar. Menurut si ibu, mereka sudah tidak bersua muka hampir 13 bulan kerana si suami perlu menjalankan tugas sebagai anggota tentera.

Anak menangis ‘tak kenal’ bapa

@gava_xyBalas @mamaanitasiswoyo sudah di gendong g mau liat ayahny bun##beranda ##2mouth ##pejuangfyp? original sound – xynerva

Si ibu kemudian mendukung dan cuba membawa anaknya mendekati lelaki berkenaan dan memberitahu itu adalah bapanya. Tetapi cubaannya gagal apabila kanak-kanak itu dilihat terus menangis selain tidak mahu memandang wajah bapanya.

Reaksi netizen

Sumber: Gava_vy

SKIP THIS AD ×