![[VIDEO] ‘Ivy Satu-Satunya Anak Perempuan Bapa’ – Opai](https://media.ohbulan.com/2025/04/opai-fatin.jpg)

‘Ivy satu-satunya anak perempuan bapa’, demikian luahan usahawan dan suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Opai ketika menyediakan kelengkapan sukan buat anak tirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Saya Pandai Gila Masak Selepas Tiga Tahun’ – Opai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Berhabis Lebih RM12k Belanja Staf Baju Raya, Netizen Puji Tak Kedekut – ‘Kebajikan Nombor Satu’
Beli kasut untuk Ivy

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aliff Awang berkata pada tahun ini Ivy Herra Sophia, 9, memasuki pertandingan larian mewakili rumah sukan warna biru.
Justeru, Opai membelikan kasut sukan baharu buat Ivy supaya dia dapat menunjukkan pretasi cemerlang.
Sebagai seorang bapa, anak nak masuk pertandingan lumba lari mewakili rumah biru.
Jadi Ivy perlukan segala benda dan saya kena sediakan.
Menjelaskan lebih lanjut, Opai berkata Ivy mempunyai semangat kesukanan yang tinggi kerana setiap tahun dia ingin memasuki pertandingan sukan tahunan.
Masa saya berkahwin dengan isteri saya, saya rasa pelik sebab anak kena ada medal.
Tahun lepas Ivy nak masuk pertandingan perbarisan tetapi saya tidak bagi.
Tahun ini dia masuk larian.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengakui terharu apabila Opai menyatakan Ivy merupakan satu-satunya anak perempuannya.
Sesetengah netizen turut gembira apabila Opai memberi layanan baik kepada Ivy dan tidak membiarkan status menjadi penghalang untuk berkasih sayang.
‘Touching bila dengar ayat Opai’


Sumber: TikTok








