Usahawan dan suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Opai, mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di TikTok dengan memuji isterinya yang kini semakin hebat memasak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Berhabis Lebih RM12k Belanja Staf Baju Raya, Netizen Puji Tak Kedekut – ‘Kebajikan Nombor Satu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Tak Tinggal Solat, Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Beruntung – ‘Dia Jaga Tiang Agama, Memang Jodoh Yang Tepat’

‘Maaf Tan Sri, isteri saya dah masak hari ni’

@aliff_awangBlink twice if you need help? original sound – Opai Alpiaw

Menurut Opai atau nama lengkapnya Aliff Awang berkata, sepatutnya dia menghadiri satu sesi makan malam bersama beberapa individu penting termasuk seorang VVIP bergelar Tan Sri.

Namun, dia membuat keputusan untuk menolak pelawaan tersebut demi menghargai usaha isterinya yang sudah menyediakan hidangan di rumah.

Sepatutnya saya pergi makan dengan beberapa orang terhebat dekat dunia ni. Ada seorang VVIP ni telefon saya, ajak pergi makan katanya ada benda nak bincang tapi saya tolak.

Saya cakap ‘Maaf Tan Sri, isteri saya dah masak hari ni.’

Opai turut memuji kemahiran memasak Fatin yang menurutnya kini semakin meningkat selepas tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Isteri saya pandai gila masak selepas tiga tahun. Kalau korang ingat, pertama kali isteri saya masak dulu saya, bukannya tak sedap. Sedap je tapi sekarang dah pandai dah, ikut citarasa saya dan dia tak syok sendiri dah.

Opai turut berkongsi menu kegemarannya iaitu ayam gepuk bersama sambal pistachio yang dimasak sendiri oleh Fatin.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif netizen yang memuji sikap Opai yang mengutamakan keluarga serta menghargai isteri.

Saya cemburu bro, ada rupa, ada kerjaya, dapat wife yang cantik, pandai ambil hati suami, orang berada, ada dapat anak seorang. ahh bro macam hidup ‘syurga’ dunia tu. Tinggal sekarang cuma tingkatkan amalan je, dah menang besar.

Suke tengok vibe Opai sekarang, mulut tak jahat macam tu dulu.

Jangan tinggal solat ya pai, semoga terus fly high!!

Sumber: TikTok Opai