Pelakon jelita, Izara Aisyah dan suami Adib Khalid menzahirkan rasa syukur setelah anak kedua mereka selamat dilahirkan.
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Umum Sarat Mengandung Anak Kedua, Dijangka Bersalin Bulan Depan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Macam Tengah Menyelam’ – Netizen Terhibur Dengan ‘Content’ Masak Izara Aishah
Bayi perempuan
Berita gembira tersebut dikongsi menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), yang memaparkan Adib sedang memangku seorang bayi perempuan.
Gelagat puteri sulung pasangan tersebut, Irisa Alaia turut menarik perhatian apabila dia kelihatan teruja bermain dengan adiknya.
Alhamdulillah, menyambut kehadiran seorang lagi anak perempuan di dalam keluarga kami.
Terima kasih untuk semua doa dan ucapan.
Menjengah ke ruangan komen, pasangan itu dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan selebriti dan warganet.
Walau bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati Izara dan Adib tidak berkongsi sebarang maklumat tentang kelahiran anak kedua mereka.
Kira-kira sebulan lalu pelakon filem Pilot Cafe itu mengumumkan kehamilannya yang dijangka bakal bersalin pada bulan Oktober.
Untuk info, Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan memiliki seorang cahaya mata berusia tiga tahun.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Adib Khalid