Beberapa hari ini, Forteen menjadi bualan hangat selepas Izzue Islam mengumumkan keluar dari kumpulan tersebut. Hal ini menjadi semakin panas apabila masing-masing membuat kenyataan balas.
Artikel berkaitan : ‘Adakah Dengan Melutut Baru Dia Akan Maafkan Kami?’ – Forteen
Namun, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, keempat-empat anggota akhirnya ditemukan dan meluahkan segala isi hati yang terbuku.
Luah isi hati yang terbuku
Pada awalnya, mereka berbincang secara langsung di Suria Petang Suria FM. Tidak lama kemudian keadaan bertukar menjadi semakin tegang apabila masing-masing meluahkan isi hati yang telah lama dipendam. Mereka turut mengakui ada terasa hati sepanjang tujuh tahun bersama.
Menurut Izzue, pertemuan sebegini yang dia mahukan. Dia tidak mahu ada ‘ruang’ yang menjarakkan hubungan mereka.
Masih ada beberapa perkara belum diselesaikan tapi syukur kerana dipertemukan dekat sini.
Saya tetap dengan pendirian untuk keluar daripada Forteen tetapi keputusan itu mungkin boleh berubah.
Apa paling penting sekarang kami pulihkan keadaan… Luahkan apa yang terbuku dalam hati dan itu adalah keutamaan ketika ini.
Tambah Izzue lagi, dia mengambil peluang yang diberi ini untuk memulihkan keadaan dan ikatan persahabatan mereka.
Ditanya mengenai reaksi bertepuk tangan ketika pengumuman pengunduran Izzue Islam, Ariz pula memberitahu reaksi yang diberikan itu adalah spontan.
Mereka sebetulnya sangat terkejut dan tidak menyangka keputusan sebegitu dibuat Izzue. Tambahnya lagi, tidak seharusnya salah faham sebegini dijadikan alasan untuk berpecah.
Kami perlukan Izzue tapi apa pun kami tak boleh paksa keputusan dia dan kami terima.
Sudah tujuh tahun kami bersama dan perkara ini tak sepatutnya dijadikan alasan untuk berpecah.
Saya harap situasi ini boleh diubah selepas kami duduk berbincang kerana apa yang terjadi pun kerana masing-masing marah dan ego tinggi.
Walaubagaimanapun Izzue memberitahu dia tetap dengan pendirian untuk berundur namun tidak menolak kemungkinan akan bersatu kembali.
Sumber : Astro Gempak , mStar Online