Pelakon dan pengacara, Izzue Islam berpendapat persoalan tentang zuriat adalah sangat sensitif dan tidak perlu ditanya kepada pasangan yang belum dikurniakan anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahu Sentiasa Di Sisi Isteri, Netizen Sifatkan Izzue Islam Suami ‘Green Flag’ – ‘Tuhan Ja Tahu Berapa Banyak Sayang Aku Pada Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Tak Kalau Kita Mati Sama-Sama?’ – Izzue Islam
Tak perlu persoal
Menerusi podcast Bocey Comeback, Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan kurang senang dengan segelintir individu yang sering menyoal dirinya dan isteri tentang zuriat.
Anak ini kurniaan dan rezeki daripada Allah. Kalau dia tak bagi mungkin ada sebab.
Kita usaha tetap usaha, semua orang kahwin mesti nak cahaya mata. Tak perlu kau yang dekat luar sana tu tanya bila nak ada anak. Kami pun ada perasaan.
Tak tahu kau bergurau ke apa, tetapi ayat macam tu tak perlu keluar daripada mulut orang yang kenal dan rapat dengan aku. Kau ingat orang tak usaha ke?
Itu yang kadang-kadang membuatkan aku kecil hati untuk balik ke kampung.
Menurut aktor berusia 34 tahun itu, dia dan isteri sentiasa positif dan bersangka baik terhadap Allah SWT meskipun belum dikurniakan cahaya mata.
Aku okay, isteri aku pun okay.
Tak mengapa Allah belum rezekikan anak lagi, mungkin Allah nak suruh kami enjoy berdua.
Tak sokong ‘childfree’
Sementara itu, pelantun lagu Berdua Bersatu tersebut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju dengan trend ‘childfree’.
Pada aku tak patut, kau menidakkan rezeki Allah. Tapi aku percaya setiap orang dia ada sebab mengapa dia buat.
Cuma sebagai manusia jangan war-warkan benda itu.
Kalau kau pilih jalan tu, itu hak kau tapi aku tak menyokong.
Untuk rekod, Izzue dan isterinya iaitu Awin Nurin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Sumber: Podcast Bocey