Baru-baru ini, filem Barbie Greta Gerwig telah mempengaruhi budaya dan fesyen yang digelar Barbiecore, kini rumah pengebumian juga turut menjadi trend Barbie di luar negara.
Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Tampil ‘Freehair’, Netizen Kecam Hebat & Sepakat Unfollow -‘Hanyut Dikejar Dunia’
Artikel Berkaitan: Baju ‘Barbie’ Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen – ‘Apa Yang Cantik Sangat Ni?’
Bersemadi bersama keranda Barbie
Menurut laporan New York Post, terdapat rumah pengebumian yang menawarkan keranda bertemakan Barbie kepada orang ramai terutama peminat Barbie untuk bersemadi bersama anak patung Mattel Barbie ke kubur.
Keranda berwarna merah jambu terang yang menyerlah, mewakili momen yang tidak dapat dilupakan yang mereka lalui.
Ia adalah peringatan bahawa kisah kita patut diingati dan disambut dengan warna dan semangat. Semoga penghormatan ini disambut dengan penuh kasih sayang, warna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Dikatakan, mereka menerima banyak permintaan sehingga kehabisan stok.
Kami ingin mempromosikan keranda merah jambu kerana ia telah menjadi trend dan orang ramai telah menghubungi kami. Daripada 40 orang yang bertanya mengenainya, kami telah pun menutup kontrak dengan sekurang-kurangnya 10 pelanggan baharu, kami juga kehabisan stok.
Bahkan, Syarikat Olivares Funeral Home turut mempromosikan keranda rumah Barbie mereka dengan slogan ‘Jadi anda boleh berehat seperti Barbie’.
Video
Sumber: New York Post