Pelawak dan pelakon popular, Bell Ngasri mencuri perhatian apabila berkongsi jerih perih yang perlu dihadapinya sepanjang bergelar selebriti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kau Nyanyi Fattah, Jangan Pakai Mikrofon..Kalau Suara Tak Sedap Orang Tak Marah’ – Bell Ngasri
Mati baru takyah ‘shooting’
@rissaskin_hq Dalam lawak ada juga kasihan dekat Abang Bell nih. Apa pun thank you sudi join #rissaskin #rissaskinxfattahamin ? bunyi asal – Rissaskin
Menerusi video dimuat naik akaun produk kecantikan Rissa Skin di TikTok, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berseloroh mengatakan bahawa seseorang selebriti itu ‘hanya’ dibolehkan untuk tidak hadir ke sesi penggambaran jika meninggal dunia sahaja.
Jadi pelakon dan artis ini tinggal mati ja sebenarnya baru boleh tak datang ‘shooting’.
Bercerita dengan lebih lanjut, pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) berkongsi pengalamannya yang tetap diminta untuk hadir ke sesi penggambaran selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.
Saya pernah sakit, tapi orang suruh datang juga.
Pernah sekali saya kemalangan tapi orang kata saya tipu. Mungkin saya jenis ‘kaki kencing’ ke kan sebelum ini saya pun tak ingat.
Cerita dia macam ini, saya kemalangan masa tunggang motosikal dan maklumkan pada pihak produksi bahawa saya tak boleh datang sebab nak cuci luka dan sebagainya.
Tapi mereka tak percaya dan suruh saya datang juga. Okay tak apa saya datang dengan keadaan berdarah barulah mereka suruh saya balik. Itupun, diberi hanya satu hari untuk cuti.
‘Puasa pun tak pernah’
Apa yang menghiburkan ialah, kedengaran satu suara mengatakan adalah sukar untuk orang mempercayai Bell kerana dirinya tidak mengerjakan ibadah puasa.
Macam mana orang nak percaya, kau puasa pun tak pernah.
Aduh, itu hanya watak aku dalam cerita, hahaha.
Komen netizen
Sumber: TikTok